PENDEDAHAN mengenai penemuan janin yang didakwa tidak dikebumikan, sebaliknya dibalut dengan kain dan disimpan di dalam rumah khas, mengundang rasa seram dalam kalangan pengguna media sosial.Lebih mengejutkan apabila janin tersebut dipercayai 'dipelihara' bagi tujuan amalan tertentu. Perkara itu dikongsikan oleh Rizuan Itin menerusi satu video di Facebook ketika menceritakan perihal 'rumah kuning' yang dipercayai dijadikan tempat tinggal janin berkenaan.Menerusi rakaman berdurasi 3 minit 30 saat itu, Rizuan menunjukkan tiga bungkusan janin yang dibalut menggunakan kain belacu."Ini (bungkusan janin) yang diserahkan kepada saya. Mereka (pemilik) datang dan bagi untuk dikebumikan sebab pengamal rumah kuning sudah tidak tahan dengan gangguan."Mereka perlu melakukan ritual iaitu satu jamuan yang akan dipersembahkan kepada rumah-rumah anak gugur itu pada setiap Selasa malam Rabu atau Khamis malam Jumaat," jelasnya.Doa merupakan senjata umat muslimin. -Gambar hiasanBukan itu sahaja, pengamal juga perlu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk baju, bedak, minyak urut, sejadah, telekung dan songkok seolah-olah janin tersebut seorang anak yang hidup.Menurut Rizuan lagi, terdapat janin yang sudah berusia lebih 11 tahun hingga 14 tahun."Mereka panggil saya agar rumah-rumah kuning itu dimusnahkan sebab mereka sudah mengalami pelbagai keganjilan, perkara mistik dalam rumah."Ada yang keluarganya tidak bahagia sejak wujudnya rumah kuning, rezeki menjadi sempit, selalu bergaduh dan banyak penyakit-penyakit yang pelik berlaku."Rumah juga menjadi seram, tidak nyaman dan tidak sejahtera... secara asasnya, banyak aura negatif yang mula timbul dan wujud," jelasnya lagi yang dipercayai berasal dari Sabah.Rizuan yang merupakan pencipta kandungan media sosial turut mendakwa perbuatan itu dilakukan secara berterusan sebagai sebahagian daripada amalan yang dipercayai oleh pengamalnya.Malah ada juga yang percaya janin tersebut boleh mengabulkan doa mereka.Bagaimanapun bagi umat Islam, kebergantungan kepada perkara ghaib selain Allah tergolong dalam perbuatan syirik.Menurut penulis yang juga penceramah kontemporari, Kapten Hafiz Firdaus, meminta pertolongan kepada perkara yang merupakan hak Allah semata-mata adalah syirik besar. Umat Islam diharamkan menyekutukan Allah. -Gambar hiasan AIPerkara yang merupakan hak Allah semata-mata adalah seperti meminta diampunkan dosa, dilapangkan rezeki, diberi hidayah dan dikeluarkan daripada sesuatu kesulitan hidup."Sesiapa yang berdoa, menyeru dan mengadu kepada makhluk dalam perkara-perkara yang merupakan hak Allah semata-mata, dia melakukan syirik besar kepada Allah. "Contohnya, orang yang berdoa kepada sekian-sekian manusia yang dianggapnya wali atau orang yang menangis, mengadu dan merayu meminta pertolongan di sisi kubur si fulan yang dianggapnya memiliki keramat," jelasnya.Pandangan tersebut berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah Fathir, ayat 13-14 yang bermaksud: Yang (berbuat) demikian itulah Allah, Rabb kamu. Kepunyaan-Nya-lah segala kerajaan. Dan orang-orang yang kamu doa selain Allah tidak memiliki apa-apa walaupun setipis kulit ari.Jika kamu berdoa kepada mereka, mereka tidak mendengar seruanmu. Dan kalaupun mereka mendengar, mereka tidak dapat memakbulkan permintaanmu. Pada hari kiamat kelak mereka (yang kamu doa itu) akan mengingkari kesyirikanmu.ARTIKEL BERKAITAN: Puas berdoa tetap banyak masalah? Ustaz kongsi rahsia doa makbul lepas terdengar perbualan ibu, anak di kedai runcitDalam pada itu, Islam menetapkan bahawa janin yang gugur perlu diuruskan dengan penuh penghormatan dan dikebumikan mengikut keadaannya.Memetik laman sesawang emusykil Mufti Selangor, jika janin yang gugur berusia enam bulan dan ke atas, sama ada lahir atau gugur dalam keadaan telah meninggal dunia, ia wajib diuruskan seperti kematian orang dewasa."Jika janin yang gugur itu berusia kurang dari enam bulan, ketika ia lahir diketahui hayatnya seperti keluar suara lalu meninggal dunia, hukumnya sama seperti orang dewasa."Begitu juga sekiranya janin yang gugur itu bergerak-gerak, atau menggigil, yang menunjukkan tanda hidup, tetapi tidak mengeluarkan suara, maka diambil kira kemungkinan wujudnya kehidupan. "Maka janin itu hendaklah dimandikan, disolat, dikafankan dan dikebumikan, atas dasar berhati-hati," jelas laman web tersebut.Bagaimanapun, jika janin yang gugur tidak menunjukkan tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan, tanpa perlu disolatkan.