suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lewat bayar sewa rumah, ibu hamil rasa teraniaya didenda RM10 sehari... Ustaz tegaskan hukumnya haram, riba atas hutang

Penyewa dan tuan rumah perlu mencapai kata sepakat sebelum kediaman diserahkan. -Gambar hiasan AI

ADA segelintir pemilik rumah mengenakan caj atau denda bagi setiap hari kelewatan penyewa membayar sewa sama ada sebagai syarat dalam perjanjian atau sekadar secara lisan.

Bagaimanapun timbul persoalan sama ada tindakan tersebut adil dan dibenarkan atau sebaliknya.

Persoalan itu dibangkitkan seorang wanita mendakwa pemilik rumah sewanya menetapkan caj RM10 sehari sekiranya bayaran sewa dibuat lewat daripada tarikh dipersetujui.

Menurut wanita itu, dia menganggap syarat berkenaan sebagai membebankan memandangkan dia hanya pernah sekali terlewat membuat pembayaran sepanjang menyewa di situ. 

"Owner rumah saya tetapkan jika bayar lambat sehari akan didenda RM10 sehari, bukankah ini kejam dan berat sebelah? Kita nak bayar sewa pun struggle, ini ada pula caj lewat bayar macam ini. Sumpah stres.

"Untuk pengetahuan, saya tak pernah tertunggak bayar sewa setiap bulan cuma ada bulan yang pernah lambat sebab tunggu gaji suami, tapi masih bayar dalam bulan yang sama," luahnya di Threads.

Wanita ini meluahkan kebuntuan tentang situasi dialami.

Wanita ini meluahkan kebuntuan tentang situasi dialami.

Dia yang sedang hamil berkata, sebelum menandatangani perjanjian sewa, pemilik rumah pernah memaklumkan kelewatan pembayaran masih boleh dipertimbangkan sekiranya dimaklumkan lebih awal.

Bagaimanapun, apabila syarat denda RM10 sehari dimasukkan dalam perjanjian, dia mula tertanya-tanya sama ada caj tersebut sah di sisi undang-undang dan hukum Islam atau tidak.

Untuk pengetahuan umum, dari sudut undang-undang, Malaysia masih belum mempunyai akta khusus yang mengawal kadar penalti lewat bayar bagi sewaan kediaman persendirian. 

Justeru, hak dan tanggungjawab pemilik serta penyewa lazimnya bergantung kepada syarat dipersetujui dalam Perjanjian Penyewaan (Tenancy Agreement). 

Selagi syarat itu dipersetujui secara sukarela dan tidak bercanggah dengan undang-undang, ia secara umumnya boleh dikuatkuasakan melalui kontrak.

Namun begitu, dari sudut syariah, isu caj lewat bayar memerlukan penelitian terhadap tujuan caj tersebut dikenakan seperti penjelasan seorang guru agama tauliah berkitab (M1) Negeri Selangor, Haziq Verse.

Tampil membalas komen wanita terbabit, dia menyatakan dalam Mazhab Syafie, klausa 'cas tambahan atas kelewatan sewa' dianggap sebagai riba atas hutang.

Kebanyakan pemilik dan penyewa rumah akan menandatangani surat perjanjiaan sewaan. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan pemilik dan penyewa rumah akan menandatangani surat perjanjiaan sewaan. -Gambar hiasan AI

Ini kerana, sekiranya penyewa sudah sampai tempoh pembayaran sewa, tetapi tidak mampu membuat bayaran, maka ia dianggap hutang dan cas tambahan itu adalah riba.

"Haram tuan rumah kenakan cas kelewatan tu. Walaupun jika benar ada kerugian pemilik terhadap bayaran dengan bank, kerugian itu tidak boleh dipikul oleh penyewa.

"Begitu juga dengan klausa 'segala kerosakan hendaklah ditanggung oleh penyewa'," jelasnya. 

Pandangan dikongsikan itu sejajar dengan penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu caj atau penalti lewat bayar yang dikenakan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tambahan dan bersifat pertambahan ke atas hutang adalah termasuk dalam kategori riba yang diharamkan.

Sebaliknya, Islam membenarkan tuntutan ta'widh, iaitu pampasan bagi kerugian sebenar yang dialami oleh pihak yang memberi pembiayaan atau pihak terjejas akibat kelewatan pembayaran. 

Dalam konteks institusi kewangan Islam, ta'widh hanya boleh dikenakan bagi menampung kerugian sebenar dan bukannya menjadi sumber keuntungan.

Artikel Lain