suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut umur mak ayah tak panjang, anak sanggup buat hutang bawa pergi umrah - “Bukan mudah nak kumpul duit”

Menjadi impian kebanyakan anak untuk membawa ibu bapa mereka menunaikan umrah. -Gambar hiasan AI

SETIAP anak pasti memasang impian untuk membawa ibu bapa menunaikan umrah sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dicurahkan.

Keinginan itu semakin berkobar apabila mengenangkan usia orang tua semakin meningkat selain bimbang sekiranya niat melihat mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci tidak dapat direalisasikan.

Situasi itu membuatkan segelintir individu berhasrat memohon pinjaman peribadi bagi merialisasikan impian itu sebagaimana persoalan dibangkitkan seorang wanita menerusi Threads.

"Ada kawan tanya, dia nak bawa parents pergi umrah tapi macam belum berkemampuan sebab bukan mudah nak kumpul (duit) untuk tiga orang.

"Jadi dia tanya, adakah dibenarkan kalau nak buat pinjaman peribadi dan bayar bulanan kerana tak tahu berapa lama parents 'dipinjamkan'," ujarnya yang ingin kepastian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar penuh ‘on time’ pun tetap haram! Ramai terkejut kad kredit konvensional rupanya ada unsur riba

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus sebelum ini pernah menjelaskan berhutang untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci mempunyai perbezaan pandangan dalam kalangan ulama.

"Ulama jawab boleh tapi memang terdapat khilaf sebab ada yang jawab dilarang," ujarnya.

Memperincikan perkara tersebut, Azhar menjelaskan seseorang itu dibolehkan berhutang apabila mereka mampu membayarnya kembali.

Manakala mereka yang sudah tahu tidak boleh melunaskan hutang dilarang berbuat demikian bagi tujuan menunaikan umrah.

Bagi ibadah haji pula, beberapa pandangan ulama masyur menyatakan seseorang itu tidak disunatkan untuk berhutang.

"Ulama hanya berkata harus, sama macam orang berhutang nak kahwin dan pergi buat haji kerana dia tidak mampu sebenarnya.

"Hukum wajib itu hanya pada yang mampu dan kalau berhutang dikira mampu, maka wajib berhutang," jelas Azhar.

Tegasnya, Allah berfirman (maksudnya); "orang yang mampu bukan dengan jalan berhutang tapi dengan hartanya sendiri".

Artikel Lain