suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alasan belajar teknik tidak halalkan cara, tonton video lucah bersama pasangan tetap haram!

Menonton filem lucah adalah satu perbuatan berdosa. -Gambar hiasan AI

MENONTON kandungan lucah bersama pasangan atas alasan untuk mempelajari hubungan intim mungkin dianggap sebagai salah satu cara mendapatkan pengetahuan.

Persoalan itu turut diajukan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Apakah hukum suami isteri menonton video lucah bersama pasangan atas tujuan pembelajaran?" soal seorang individu berkenaan.

Menjawab persoalan tersebut, Zulkifli menjelaskan perbuatan berkenaan tetap haram meskipun dilakukan bersama pasangan dan dengan alasan untuk mendapatkan ilmu.

Menurut agamawan itu, filem lucah merupakan perkara hina serta boleh merosakkan minda dan akhlak seseorang.

Zulkifli turut memetik beberapa kesan buruk menonton kandungan lucah digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antaranya adalah seperti berikut.

1. Ia menggalakkan seks luar nikah.

2. Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks.

3. Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual.

4. Sikap dan nilai seksual yang negatif, seperti kelakuan seks luar tabii, orientasi seks tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks.

5. Masalah emosi dan perhubungan seperti rasa bersalah, malu dan ketagihan.

Zulkifli berkata, alasan pembelajaran tidak boleh dijadikan sebab untuk pasangan suami isteri menonton filem lucah bersama.

Seharusnya ketua keluarga memainkan peranan sebagai pelindung dan pendidik serta bertanggungjawab membimbing rumah tangga ke arah ketakwaan.

Justeru, dia menyimpulkan haram hukumnya bagi suami isteri menonton filem lucah atas alasan pembelajaran.

Menurutnya, terdapat banyak alternatif lain lebih menepati syarak untuk pasangan mempelajari perkara berkaitan hubungan intim yang halal.

Artikel Lain