suria

Isteri pertama Aslam ‘berbuih mulut’ nasihat keluarga Marissa ambil tindakan sebelum lebih parah

Umisya mendedahkan dia tiada kaitan dengan konflik yang berlaku.

ISTERI pertama kepada personaliti media sosial, Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan tampil membuka mulut bagi menjernihkan pelbagai tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung masalah rumah tangga antara suaminya dan Marissa Dania.

Menerusi satu hantaran, Umisya menegaskan dia sudah melakukan segala usaha dan tanggungjawab sebagai isteri termasuk memberi teguran kepada suami serta menasihati pihak ketiga agar tidak meneruskan hubungan sulit tersebut.

Umisya berkata, sebelum pernikahan suaminya dengan anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim itu berlangsung di Thailand, dia sudah berkali-kali mengadakan pertemuan dengan pihak berkenaan demi menjaga maruah sesama wanita.

“Pertama sekali, dari mereka sebelum kahwin lagi banyak nasihat dan usaha saya lakukan untuk mengelakkan hal-hal buruk terjadi yang mana saya berjumpa dengan pihak ketiga dan juga keluarga pihak ketiga.

Umisya sudah banyak percubaan supaya Aslam dan Marissa tidak meneruskan hubungan tersebut. 

“Bermacam cara saya telah lakukan, sebagai isteri dan wanita yang masih memikirkan maruah sesama wanita. Saya tak berapa ingat berapa kali perjumpaan saya dengan pihak ketiga tetapi telah berkali-kali kami bincangkan.

“Bahkan, pihak keluarga pun sedia maklum tentang hubungan sebelum kahwin,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada Selasa.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu menambah, dia pernah meminta keluarga pihak wanita untuk membuat laporan polis bagi menghalang suaminya daripada terus mengganggu anak mereka.

Bagaimanapun, Umisya berkata dia tidak pasti sama ada saranan itu diikuti atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam, Marissa tak lengah daftar nikah lepas kahwin di Thailand, peguam perjelas tiga kekeliruan utama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali lafaz cerai luar mahkamah, Aslam dan Marissa kembali rujuk bulan sama… Proses pengesahan rumit kerana tiada sijil nikah asli

“Saya meminta untuk pihak sana membuat laporan polis dan saya sertakan butiran dan sebagainya untuk pihak sana kerana nak halang suami saya mengganggu anak mereka.

“Selebihnya saya tak pasti usaha itu dilakukan atau tidak sehinggalah kejadian dimana saya berada di Madinah. 

“Selesai mengerjakan umrah, saya mendapati lokasi suami saya sudah pun berada di sempadan dan masa itu jugalah saya mendapat info keluarga pihak sana masih tidak tahu bahawa anaknya tiada dalam bilik.

“Sebaliknya, kawannya yang menyamar sebagai dia di dalam bilik tersebut,” ujarnya.

Umisya kini sudah serik untuk campur tangan urusan rumah tangga Aslam dan Marissa. 

Jelas Umisya, tindakannya membuat kenyataan terbuka adalah demi mempertahankan maruah diri, keluarga dan anak-anaknya yang sering menjadi mangsa kecaman netizen akibat campur tangan pihak lain.

Walaupun sudah serik untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga kedua suaminya, Umisya terpaksa bersuara apabila fitnah yang dilemparkan sudah melampaui batas.

“Saya sama sekali sudah serik dan taknak masuk campur dengan hal peribadi isu rumah tangga suami saya dengan pihak sana.

Hasil perkahwinan, Umisya dan Aslam dikurniakan tiga cahaya mata. 

“Tapi setelah banyak sangat fitnah dan kata-kata hinaan yang saya, keluarga dan anak-anak kena, sehinggakan saya yang tidak patut dipersalahkan sama sekali terkena tempias juga disebabkan oleh pihak-pihak lain masuk campur tangan,” tambahnya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga mereka mula menjadi bualan hangat selepas Aslam disahkan bernikah dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Untuk rekod, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 5, Nuh, 4, dan Haya, setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain