PERSONALITI media sosial Ahmad Aslam tampil menjelaskan beberapa kekeliruan mengenai status perkahwinannya dengan anak kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.Menerusi penjelasan yang dibuat oleh peguamnya Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, terdapat tiga isu utama yang dibangkitkan bagi menjernihkan keadaan termasuk kesahihan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand. Menurut Ammar pasangan kontroversi itu kini sudahpun memiliki sijil nikah yang sah bagi membolehkan urusan pendaftaran seterusnya dilakukan mengikut undang-undang."Sijil nikah kita telah berjaya peroleh. Kalau tiada sijil nikah, kita tidak akan dapat buat proses seterusnya," katanya dalam satu hantaran video di media sosial milik Aslam pada pagi Selasa. Peguam sahkan Aslam sudah mendapat sijil nikah. Dalam pada itu, Ammar turut menjawab kritikan warga maya yang mempersoalkan tindakan Aslam dan Marissa yang didakwa sengaja melengah-lengahkan proses pendaftaran perkahwinan mereka sejak bernikah pada 2023.Tegasnya, segala tindakan yang diambil oleh anak guamnya itu adalah mengikut prosedur serta garis panduan perundangan yang ditetapkan."Kalau nak diikutkan, apa yang encik Aslam buat ini, itulah proses yang paling cepat kita dapat laksanakan. "Kalau ikutkan, Aslam tidak boleh nak failkan apa-apa kes pun selepas daripada ini, tapi kita berjaya juga untuk failkan," ujarnya. Menyentuh mengenai keraguan sesetengah pihak terhadap majlis akad nikah yang berlangsung di negara jiran itu, Ammar menegaskan perkahwinan tersebut adalah sah dari sudut syarak dan tidak perlu dipertikaikan lagi.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aslam enggan ulas isu cerai dan rujuk dua kali, kes belum diputus mahkamah… Marissa masih sebumbung dengan suamiARTIKEL BERKAITAN: [V] Dua kali lafaz cerai luar mahkamah, Aslam dan Marissa kembali rujuk bulan sama… Proses pengesahan rumit kerana tiada sijil nikah asliSemalam pasangan berkenaan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie Nadia Khamis.Ammar memaklumkan Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025. Bagaimanapun mereka dikatakan kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dalam bulan sama ketika kedua-dua lafaz tersebut dibuat. Aslam dan Marissa berkahwin di Songkhla, Thailand pada 2023. Terdahulu Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.Pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.Difahamkan, ketika itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan tersebut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube