suria

Umisya Mazlan berdamai dengan takdir hidup poligami - “Saya tak pernah letak syarat”

Umisya enggan lagi kisah rumah tangganya jadi tumpuan.

SUDAH lama menahan sabar dengan pelbagai tuduhan netizen, pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan akhirnya tampil menjawab segala dakwaan kononnya dia cuba mengawal suaminya, Aslam dalam urusan poligami.

Menurut Umisya, dia tidak pernah mencampuri urusan rumah tangga suami mahupun meletakkan sebarang syarat yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Dekat sini saya nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri. 

Luahan hati Umisya selepas lama berdiam.

"Tak pernah mengarah segala kejadian dalam rumah tangga,” katanya.

Umisya berkongsi perkara itu di Instastory miliknya serta memuat naik komen netizen yang mendakwa lebih memihak pada isteri pertama.

Menurut Umisya, dia sudah tidak mahu lagi bercakap tentang kisah rumah tangganya yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Malah ibu kepada tiga cahaya mata itu juga memilih untuk melihat segala yang berlaku daripada sudut positif dan bersyukur dengan kehidupan yang sudah diaturkan ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan timbulkan apa-apa spekulasi yang tak patut ” - Umisya Mazlan minta jaga mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Mazlan tak pernah minta sesiapa mohon maaf, IG disekat Marissa dan Abby Abadi

“Tak ada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga orang lain. Saya sendiri dah tak suka nak bercerita hal rumah tangga.

"Saya tak bangga dengan apa yang jadi, bahkan lagi malu dengan dikenali sebagai asbab sekian-sekian. Saya ambil positif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini. 

"Saya pandang ke depan, kalau boleh tak nak toleh belakang lagi dengan peristiwa lama, sebelum poligami ataupun selepas kejadian poligami. Saya bersyukur dengan segala yang Allah aturkan untuk saya sekarang,” jelasnya.

Jelas Umisya, apa yang dilakukannya kini hanyalah untuk memastikan masa depan anak-anak kekal terjaga dan melihat ibu bapa mereka berada dalam keadaan baik.

Saya tetap berusaha jadi yang terbaik untuk keluarga.

UMSIYA MAZLAN

PEMPENGARUH

Dalam masa sama, dia berharap orang ramai berhenti membuat andaian sendiri mengenai hubungan mereka kerana setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi ujian rumah tangga.

“Bila menerima semua keadaan ini, saya cuba untuk move on dan tunjuk kehidupan saya baik-baik saja untuk anak-anak tengok nanti bahawa ummi dan papa baik-baik saja.

“Menjadi isteri dan ibu bukan mudah, tapi saya tetap berusaha jadi yang terbaik untuk keluarga. Mungkin orang tak faham, tapi cukuplah saya dan Allah tahu apa yang saya lalui,” ujarnya.

Untuk rekod, Umisya terpaksa berkongsi kasih apabila suaminya, Ahmad Aslam berkahwin dua dengan anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania. 

Umisya fokus menjadi isteri dan ibu terbaik.

Marissa dan Aslam berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. 

Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah angga pada Julai 2020. 

Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum Kembali rujuk Ketika dalam tempoh idah. 

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain