suria

Isu stesen TV kejar rating ambil peserta tiada bakat, Zamani anggap industri seni dah berubah

Zamani setuju populariti penting untuk menjayakan sesebuah program televisyen

PERNAH menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5), penyanyi Zamani juga punya pendapat sendiri berkaitan isu stesen televisyen mengejar rating yang heboh diperkatakan beberapa hari ini.

Bagi Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, peredaran masa menjadikan kandungan program televisyen tidak sama seperti dahulu.

Bagaimanapun, vokalis Slam ini juga berpendapat kualiti peserta perlu diutamakan dalam sesebuah program pencarian bakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani bakal kongsi detik hitam sepanjang proses pemulihan dadah di Showcase Lejen Ria

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Kesihatan Zamani makin baik, tak sabar nak beraksi selepas dua tahun rehat

“Perlu faham ini adalah show business dan kedua-duanya (populariti dan kualiti) adalah penting.

“Namun kita tidak boleh menolak kualiti untuk mencari juara sesebuah program televisyen. Manakala populariti pula penting untuk jayakan program tersebut.

“Industri sekarang memang begitu. Jika kita lihat di luar negara pun keadaan sama berlaku. Cuma bagi pendapat saya untuk mencari bakat baharu, kualiti lebih penting,” ujar Zamani kepada mStar.

zamani 3

Zamani dan Jamal bakal berduet lagu popular Allahyarham Saleem sebagai tribute buat sahabat mereka

Zamani berkata demikian ketika diminta mengulas tentang program Big Stage 2022 (BS22) yang dilihat sengaja mencipta content kejutan untuk meraih jumlah tontonan.

Selepas episod pertama BS22 disiarkan pada Ahad, ramai yang kurang setuju dengan penyertaan usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program tersebut.

Zamani ditemui ketika majlis sidang media A Night To Remember Datuk Jamal Abdillah & Zamani di Kuala Lumpur pada Rabu.

Persembahan istimewa dua bintang terkenal ini dijadualkan berlangsung pada 26 Mac di Manhattan Ballroom, Berjaya Hotel, Kuala Lumpur.

Perlu faham ini adalah show business dan kedua-duanya adalah penting

ZAMANI

PENYANYI

Ketika ditanya tentang persiapan konsert, penyanyi lagu Syair Si Pari Pari ini meluahkan rasa bimbang jika ia terpaksa dibatalkan berikutan peningkatan kes harian Covid-19.

“Memang risau melihat kes harian sekarang ini. Jika kerajaan umumkan tidak boleh mengadakan sebarang majlis kita terpaksa akur.

“Saya sendiri sentiasa menjaga kesihatan diri supaya tidak menjejaskan mana-mana persembahan.

“Saya tidak akan keluar rumah jika tidak perlu. Hanya pergi mengikuti latihan dan selebihnya saya banyak luangkan masa di rumah sahaja,” katanya.

zamani 2

Bersama penganjur dan pemuzik yang bakal menjayakan A Night To Remember Datuk Jamal Abdillah & Zamani.

Pada malam itu nanti, Zamani akan menyanyikan enam buah lagu dari album solonya.

Selain itu dia juga akan berduet bersama Jamal menerusi dua buah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Saleem sebagai tribute kapada penyanyi itu.

Majlis anjuran Imaginex ini akan menyediakan 100 buah meja dengan harga berbeza. Penonton yang membuat pembelian meja VVIP juga berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra bersama Jamal dan Zamani pada malam itu.

Tiket boleh dibeli secara atas talian di www.ilassotickets.com bermula 8 Februari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain