suria

Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang Mastura Ismail meninggal dunia akibat kanser ovari

Penyanyi Mastura Ismail meninggal dunia akibat kanser

PENYANYI popular 1980-an, Mastura Ismail meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat kanser ovari kira-kira pukul 8.50 malam, Rabu.

Berita itu disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Cheras.

ARTIKEL BERKAITAN: Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemukan terbaring dalam bilik air

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak tak sangka Pian Cecupak buka pusat tahfiz, selalu pesan suruh uruskan jika dia tiada

Allahyarham yang popular menerusi lagu duet bersama Ally Noor berjudul Apo Kono Eh Jang baru sahaja dibawa pulang ke rumah tiga hari selepas dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lalu.

Sejak tahun lalu arwah sering keluar masuk hospital akibat sakit yang dihidapinya.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Long, Cheras, pada Khamis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain