suria

[VIDEO] Anak Siti Sarah peluk wanita mana? Ramai syak bakal ibu tiri

Wanita misteri yang menjadi tanda tanya netizen

VIDEO anak perempuan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram arwah Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk wanita yang identitinya dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ibu bagi ‘green light’ kahwin lagi, Shuib mula kenal seseorang... Terfikir siapa nak terima duda anak 4

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tangisan Talita di kubur Siti Sarah buat ramai sebak, anak gadis Shuib tak dapat tahan air mata rindukan ibu

Aunty kesayangan teman Dekta (Talita) kerja.

“Kalau tiada aunty, tak nak kerja. Nasib baik aunty tak sibuk... rajin melayan,” tulis pengendali akaun tersebut pada ruangan kapsyen.

Wajah wanita berkenaan bagaimanapun tidak kelihatan dengan jelas apabila ia disunting dengan meletakkan emoji.

anak shuib22

Shuib bersama tiga orang anaknya Uwais, Matin dan Talita.

Namun menerusi ruangan komen, netizen mula berteka-teki dan nama pelakon Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video berkenaan.

“Macam Wan Sharmila.

“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” komen netizen.

Kalau tiada aunty, tak nak kerja. Nasib baik aunty tak sibuk... rajin melayan.

DZAHIRA TALITA ZAHARA

ANAK SHUIB

Sebelum ini menerusi temubual bersama mStar, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Malah dia juga sudah mendapat lampu hijau daripada ibunya untuk mencari teman pengganti.

anak shuib 2

Ayash yang dilahirkan secara pembedahan ketika usia kandungan arwah Sarah lapan bulan.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Selain Talita, mereka juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru berusia 6 bulan.

Ayash dilahirkan secara pembedahan ketika arwah Sarah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain