suria

Bilal hadiah istimewa ‘birthday’ Neelofa... Dedah sepatutnya kongsi tarikh lahir sama dengan anak

Anak hadiah terindah Neelofa sempena ulang tahun kelahiran.

PENGACARA Noor Neelofa memaklumkan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal sepatutnya lahir pada tarikh sama ulang tahun kelahirannya ke-33.

Menerusi Instagram, Neelofa berkongsi salinan ultrasound yang turut terpapar tarikh jangkaan bayi lelaki itu dilahirkan iaitu pada 10 Februari, Khamis.

Meskipun tidak kesampaian untuk melahirkan anak pertama di hari kelahirannya, Neelofa bagaimanapun menganggap ia ketentuan terbaik daripada Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa selamat bersalin anak lelaki, pilih nama Muhammad Bilal

ARTIKEL BERKAITAN: Baru jadi ibu, Neelofa turut rasa kehilangan Rayan... Sakit kepala kenang nasib kanak-kanak itu

"Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.

lofa 2

Perkongsian Neelofa di Instagram.

"Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi," tulisnya.

Isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas Haris Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Riz ini selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz. Alhamdulillah atas semuanya.

PU RIZ

SUAMI NEELOFA

Sementara itu, PU Riz menerusi laman Instagram turut menitipkan ucapan istimewa buat isteri tersayangnya itu.

"Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz (Spiderman + Haris). Alhamdulillah atas semuanya.

lofa 3

Pasangan ini bersyukur dikurniakan cahaya mata sulung.

"Selamat hari jadi isteriku. Semoga Allah beri kebaikan nikmat dan pahala yang banyak atas pengorbanan sebagai ibu. Selamat hari lahir," tulis Riz.

Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain