suria

Baru jadi ibu, Neelofa turut rasa kehilangan Rayan... Sakit kepala kenang nasib kanak-kanak itu

Neelofa tidak dapat bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak

TRAGEDI yang menimpa kanak-kanak Magribi, Allahyarham Rayan Awram meninggalkan kesan mendalam kepada ramai orang di seluruh dunia.

Berita sedih ini turut menyentuh hati selebriti dan usahawan Neelofa yang berkongsi perasaan sedih dan pilu dengan kejadian ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa selamat bersalin anak lelaki, pilih nama Muhammad Bilal

ARTIKEL BERKAITAN: Seluruh dunia kirim doa, rakyat Malaysia tumpang sedih atas pemergian kanak-kanak Maghribi- “Berehatlah adik Rayan di syurga”

Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan anak, Neelofa berkata, dia merasai kesedihan bagaimana perasaan kehilangan seorang anak.

“Sebagai seorang yang baru merasa menjadi ibu juga kepada anak lelaki, berita ini betul-betul memberi kesan kepada saya sepanjang hari semalam.

neelofa 2

Neelofa dan suami, Muhammad Haris baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama

“Jadi sakit kepala melihat posting tentang Rayan.

“Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini,” tulis Neelofa.

Seperti juga orang lain yang mengikuti perkembangan Rayan, Neelofa turut sama menitipkan doa buat arwah dan keluarga.

Jadi sakit kepala melihat posting tentang Rayan

NEELOFA

PENGACARA

“Semoga Allah mudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-Nya dan menanti Rayan di pintu syurga,” tulis Neelofa di Instagram pada Ahad.

Berita adik Rayan yang terjatuh di sebuah perigi sedalam 32 meter sejak Selasa lalu mendapat liputan seluruh dunia.

neelofa 3

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada Mac 2020

Rayan dilaporkan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dari lubang perigi.

Sementara itu Neelofa pula baru sahaja menyambut kelahiran anak lelaki pertama pada 29 Januari yang diberi nama Muhammad Bilal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain