suria

Tawar hati pulang ke Singapura, Aaron Aziz seronok berniaga minyak wangi

Aaron akui tawar hati mahu pulang ke Singapura selepas pemergiaan ibu

KEHILANGAN ibu tercinta dua tahun lalu memberi kesan yang amat mendalam buat pelakon Datuk Aaron Aziz.

Kata Aaron, 46, beliau kini rasa tawar hati untuk pulang ke Singapura kerana suasananya tidak sama seperti dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz terkejut jadi punca pasangan bercerai, sedih guna alasan ‘terlalu minat’ - “Harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah”

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz tak sangka dapat ubah nasib diri, pernah lalui zaman remaja yang gelap

“Selepas ibu meninggal, saya jadi tawar hati untuk pulang ke sana. Dahulu ada alasan untuk balik iaitu berjumpa ibu.

“Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana.

aaron 2

Anak lelaki Aaron, Danish (kanan) berkongsi gambar menziarahi pusara neneknya

“Tambah lagi dengan kesibukan kerja. Jadi tak terlalu fikirkan soal nak pulang ke Singapura,” ujar Aaron.

Ibu Aaron iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia akibat serangan jantung pada November 2020.

Aaron memberitahu anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berada di sana akan berkongsi cerita setiap kali menziarah pusara ibunya.

Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

“Keadaan sekarang pun menyebabkan kami sukar untuk ke sana.

“Bagaimanapun anak saya akan berkongsi gambar dan cerita apabila ziarah ke pusara ibu. Itu momen menyedihkan kerana dia tidak dapat pulang ketika ibu saya meninggal,” ujarnya.

Terus memberi fokus kepada kerjaya, pelakon filem Pisau Cukur ini sibuk dengan urusan perniagaan selain dunia lakonan.

aaron 3

Seronok uruskan perniagaan minyak wangi

Aaron juga akui selesa bergelar seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun memasarkan produk wangian jenama sendiri The Oud by Aaron Aziz.

“Ketika memulakan perniagaan, niat saya adalah untuk membantu orang di luar sana menjana pendapatan lebih.

“Syukur ia mendapat sambutan yang memberansangkan. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain