suria

[VIDEO] Rakaman CCTV detik-detik Vanessa Angel kemalangan viral, kereta berputar dan terpelanting

Kereta yang dinaiki arwah Vanessa dan suami terpelanting ke arah berlawanan.

RAKAMAN kamera litar tertutup atau CCTV yang memperlihatkan detik-detik kemalangan membabitkan Allahyarham pelakon Vanessa Angel menjadi tular di laman sosial.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Lambe Turah Official, video tersebut disiarkan ketika perbicaaran kes melibatkan pemandu arwah, Tubagus Joddy.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan pemandu arwah Vanessa Angel... Rupa-rupanya ini yang berlaku 1 jam sebelum kemalangan

"Rakaman CCTV mendedahkan fakta kereta dipandu laju, melanggar penghadang jalan dan terpelanting ke arah berlawanan," tulis di video tersebut.

Kenderaan yang dipandu oleh Tubagus atau nama sebenarnya Tubagus Muhammad Joddy dilihat sangat laju dan hilang kawalan sehingga terbabas masuk ke laluan kiri.

Kenderaan yang dipandu laju itu melanggar penghadang jalan raya sehingga menyebabkan kereta tersebut terpelanting ke arah berlawanan.

Rata-rata netizen di ruang komen terkejut melihat rakaman pendek tersebut selain turut mendoakan roh arwah Vanessa dan suami tenang dan dirahmati.

Sebelum ini, pemandu arwah Vanessa iaitu Tubagus Joddy mengaku bermain telefon sebelum kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan.

Joddy mengakui menggunakan telefon beberapa kali sehingga berlaku kemalangan maut yang meragut nyawa Vanessa dan suaminya Febri atau Bibi Andriansyah pada 4 November tahun lalu.

Pemandu 1

Pemandu Vanessa, Joddy didakwa membawa kereta dengan laju.

Salah satu perkara yang dilakukan Joddy ialah menghubungi orang tuanya pada pukul 11.55 pagi iaitu kira-kira sejam sebelum kemalangan.

Bukan itu sahaja, Joddy juga dipercayai aktif di media sosial dan memuat naik beberapa instastory di Instagram miliknya.

Atas kecuaian itu, Joddy disabitkan di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 ayat 5 tentang kelalaian menyebabkan Vanessa Angel meninggal dunia.

Vanessa dan Febri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November tahun lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain