suria

“Perlu ke kotorkan nama untuk naikkan nama?” - Asmidar elak cipta kontroversi demi popular, tak sanggup malukan keluarga

Asmidar tidak mahu dikenali melalui kontroversi.

LEBIH 10 tahun dalam industri seni, nama penyanyi Asmidar sehingga kini kurang menyerlah berbanding rakan-rakan seangkatannya yang lain.

Tidak pernah terpalit dengan kontroversi, Asmidar atau nama sebenarnya Norhasmidar Ahmad berkata dia tidak perlu mengejar publisiti hanya semata-mata untuk dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Asmidar ‘hilang’ 3 tahun kerana enggan jual cerita sensasi

Menurut juara program Vokal... Bukan Sekadar Rupa 2011 ini, dia mahu menjaga nama keluarga dengan baik tanpa mencetuskan sebarang isu buruk.

Walaupun orang cakap 'bad publisity is still publisity' tapi kan lebih baik kalau kita tunjukkan contoh yang baik

ASMIDAR

PENYANYI

"Persoalnya, kita kena kotorkan nama ke untuk naikkan nama? Kalau kita boleh bagi contoh yang baik, why not kita beri yang baik saja.

"Walaupun orang cakap 'bad publisity is still publisity' tapi kan lebih baik kalau kita tunjukkan contoh yang baik.

"Seboleh-bolehnya, saya nak menjaga nama saya dan bawa nama keluarga dengan baik," kata Asmidar kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Memoir Rindu ini mengakui dia tidak pernah ditawarkan untuk menyertai program terkenal Gegar Vaganza.

Asmidar 2

Asmidar teringin sertai GV.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun ini berharap pihak produksi memberikan peluang untuk dia sertai program tersebut.

"Kalau ada rezeki, apa salahnya. Bagi saya, GV ini satu platform yang besar. Cuma saya belum lagi dapat peluang untuk masuk.

"Ikutkan dah beberapa tahun juga orang sebut nama saya apabila ada GV. Tapi masih belum ada tawaran lagi... belum ada rezeki saya.

"Insya-Allah mana tahu next GV, saya diberi peluang. Tapi memang sebelum ini, tak pernah lagi dapat la," ujar Asmidar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain