suria

Gara-gara fesyen turban nampak rambut, Syifa Melvin mengaku salah “Iman saya masih turun naik”

Syifa (kanan) memohon maaf tindakannya memakai turban menampakkan rambut undang kemarahan netizen.

PELAKON Syifa Melvin mengakui kesilapannya kerana terlalu mengikut nafsu dalam bergaya apabila memakai turban sehingga menampakkan bahagian hadapan rambutnya.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 25, berkata dia menerima teguran dan kritikan netizen yang kurang senang dengan cara fesyen tersebut.

"Saya mengaku salah dan minta maaf kerana berpakaian mengikut nafsu sebab nak bergaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan sekarang dah hilang malu” - Syatilla Melvin dikecam gara-gara foto berbaur lucah

"Tapi tidak la sampai menunjukkan separuh rambut, saya faham ia tetap salah malah saya tidak menyalahkan netizen yang kritik.

Syifa memadam foto setelah terima kecaman.

"Apa yang kita buat, kenalah 'telan' sendiri sebab kita yang pilih untuk lakukan perkara itu," kata Syifa kepada mStar.

Syifa diminta mengulas mengenai penampilannya yang menerima kecaman dan dituduh sengaja menampakkan bahagian rambutnya.

Pelakon drama mini Sis Cuba ini menggayakan penampilan tersebut ketika majlis rumah terbuka dan pelancaran produk kecantikan yang diasaskan empat beradik Melvin pada Ahad lalu.

Malah, ada segelintir netizen membuat dakwaan bahawa pelakon itu bakal membuka tudung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut berkata, dirinya masih dalam proses belajar dan akui imannya masih tidak teguh.

Syifa berharap netizen henti mendoakan yang tidak baik.

Bagaimanapun Syifa meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang mendoakan dia tidak lagi berhijab disebabkan penampilan tersebut.

"Saya pun baru lima tahun berhijab dan mengakui iman masih turun naik. Tapi tidak la sampai saya ingin buka tudung.

"Ada saya baca komen netizen yang mendoakan saya tidak lagi berhijab dan anggap ia komen yang terlalu negatif.

"Bagi saya, kalau orang tu buat salah atau melakukan tindakan tidak betul, usahlah kita mendoakan yang lagi buruk dan terus mencaci," ujarnya.

Syifa Melvin, Syatillah Melvin

Artikel Lain