AME 2016: Kemenangan Ayda Jebat Bukan Sebab Status Duta Penaja - Hiburan | mStar

AME 2016: Kemenangan Ayda Jebat Bukan Sebab Status Duta Penaja

Ayda Jebat menang lima kategori di AME 2016.

CHERAS: Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terkilan tuduhan segelintir pihak mempertikaikan kemenangannya di Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang berlangsung pada malam Ahad disebabkan statusnya sebagai duta Aura White yang juga penaja program berkenaan.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 24, berkata, kemenangannya dalam empat kategori pada acara itu adalah hasil kerja keras peminat-peminatnya sendiri tanpa bantuan sebarang pihak. 

"Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan.

"Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya," ujarnya kepada mStar Online.

Ayda ketika menerima trofi Penyanyi MeleTOP.

Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya pada Anugerah MeleTOP Era 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, di sini, malam Ahad.

Ayda memenagi kategori utama Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP.

Aktres tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Bagaimanapun, Ayda berkata, dia menerima segala komen negatif tersebut sebagai semangat untuk dia terus membuktikan kemampuan dirinya. 

"Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain,

"Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu" ujarnya.

Sementara itu, Ayda berkata, trofi Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Siapalah Diriku adalah anugerah paling bermakna buat dirinya yang baharu bergelar penyanyi.

Katanya, ia menyuntik semangatnya untuk terus menghasilkan karya yang terbaik dan digemari masyarakat.

"Saya menangis ketika mengambil anugerah ini kerana rasa seperti mimpi. Saya bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang hebat-hebat dan ada kelab peminat yang kuat.

"Kemenangan ini membuatkan saya ingin hasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada amsa akan datang. Ramai yang bertanya saya tentang lagu balada, tapi saya rasa belum sampai masanya untuk menyanyikan lagu berat," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain