suria

Misha Hantar Surat Terbuka Tepis Fitnah Pernah Jadi Janda Jutawan

Misha memberitahu dia tidak penah menjadi isteri ketiga kepada seorang jutawan seperti mana dakwaan seorang bekas wartawan yang disiarkan dalam Facebook pada Ahad lalu.
Misha memberitahu dia tidak penah menjadi isteri ketiga kepada seorang jutawan seperti mana dakwaan seorang bekas wartawan yang disiarkan dalam Facebook pada Ahad lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar menepis tuduhan dia seorang janda termasuk fitnah kononnya dia pernah bernikah dengan seorang jutawan berasal dari Kota Baharu, Kelantan.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, dalam surat terbukanya kepada media pada Isnin berkata, dia juga tidak penah menjadi isteri ketiga jutawan berkenaan seperti mana dakwaan seorang wanita yang disiarkan dalam Facebook pada Ahad.

“Apakah dosa saya apabila saya hendak mendirikan rumah tangga pada Mei ini, saya dihukum dengan fitnah sebegini?” Soalnya dalam surat terbuka itu.

Terdahulu, seorang wanita telah memuat naik status Facebook miliknya pada Ahad dengan mendakwa Misha pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di Kota Bharu, Kelantan berdasarkan sumber daripada keluarga jutawan berkenaan.

Wanita tersebut turut mendakwa mengetahui berita tersebut ketika bertugas di negeri itu tidak lama dahulu.

Bagaimanapun berdasarkan beberapa komen yang dimuat naik dalam status Facebook itu, wanita tersebut turut meminta maaf seandainya Misha Omar terasa hati dengan komen-komen yang dicatatkan selain menganggap ‘Misha Omar’ yang dimaksudkan oleh sumbernya itu bukan seorang penyanyi.

Dalam pada itu Misha dalam kenyataannya menyindir wanita tersebut yang mungkin tersenyum bangga kerana status yang dimuat naik itu menjadi bualan hangat di laman sosial.

“Saya berharap tercapailah keinginan puan untuk menjatuhkan maruah diri saya dan keluarga,” katanya.

Tambah Misha, dia juga mencabar wanita berkenaan untuk mengemukakan bukti termasuk dua orang saksi sekiranya benar dia pernah bernikah.

Pada 4 Februari lalu Misha telah membuat sidang media mengumumkan majlis pernikahannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, yang bakal diadakan pada Mei depan.

Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini tetapi terpaksa menangguhkannya bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain