Dua Deejay Star RFM 988 Jadi Pelakon Filem - Hiburan | mStar

Dua Deejay Star RFM 988 Jadi Pelakon Filem

Cheryl Lee (kiri) dan KK Wong seronok dapat digandingkan di layar perak. - Foto RAJA FAISAL HISHAN.
Cheryl Lee (kiri) dan KK Wong seronok dapat digandingkan di layar perak. - Foto RAJA FAISAL HISHAN.

PETALING JAYA: Selepas pernah bergandingan di studio, pasangan Deejay Star RFM 988, KK Wong dan Cheryl Lee teruja apabila digandingkan pula di layar perak menerusi filem aksi komedi dalam bahasa Mandarin, Bullets Over Petaling Street.

Lee, 30, berkata, dia tidak menyangka dapat beraksi bersama-sama dengan Wong dalam filem penuh aksi ini.

"Saya seronok dapat berlakon sebagai pembunuh upahan bersama Wong. Kami tiada masalah untuk digandingkan bersama kerana keserasian di antara kami memang sudah lama wujud," katanya kepada mStar Online.

Pertama kali berlakon dalam filem aksi ini, Lee berkata, dia sukar melupakan pengalaman melakukan adegan melompat dari satu bumbung ke bumbung yang lain dengan bersenjatakan senapang sepanjang masa.

Malah, Lee memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan adegan tersebut.

"Adegan aksi itu perlu dilakukan berulang kali. Walaupun senapang itu hanyalah replika, berat dan bentuknya yang direka menyerupai senapang sebenar, menyebabkan saya mendapat kesan lebam yang begitu banyak di tangan.

"Agak sukar pada mulanya tetapi selepas kerap berlatih, saya jadi seronok pula," katanya.

Lee turut melakukan sekurang-kurangnya 10 pertukaran gaya rambut dalam filem itu.

Dalam pada itu Wong, 41, memberitahu pengalaman mereka mengendalikan segmen Drive Time dua tahun lalu, membuatkan pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak kekok melakonkan watak seorang lelaki yang jatuh cinta kepada Lee.

"Hubungan kami sangat rapat, kami kenal antara satu sama lain. Jadi tiada masalah untuk melakonkan adegan jatuh cinta di lokasi penggambaran," katanya.

Dalam filem itu, Wong membawa watak sebagai pembunuh profesional yang jatuh cinta terhadap Lee selepas mereka diupah untuk membunuh ketua kongsi gelap di Petaling Street.

Wong yang turut popular menerusi filem berunsur komedi, Lelio Popo, mengakui menghadapi beberapa kesukaran untuk melakonkan watak serius.

"Saya sukar menyembunyikan sifat jenaka yang ada dalam diri ini. Namun, saya bernasib baik kerana tidak banyak melakukan adegan aksi, tetapi lebih kepada gimik muka," katanya.

Namun, jelas Wong, sifatnya yang kelakar berjaya menyuntik elemen komedi di dalam filem ini.

Filem arahan pengarah Sampson Yuen & Ho Shih Phin itu akan ditayangkan pada 13 Februari ini.

Filem tersebut mengisahkan seorang bintang filem, Angel (Debbie Goh) yang secara tiba-tiba dipilih sebagai ketua kongsi gelap di Petaling Street.

Banyak liputan media mengenainya sebagai ketua kongsi gelap yang baharu, menjadikan Angel terdedah kepada risiko sasaran pembunuh upahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain