suria

Scha Al Yahya Sahkan Hamil Anak Pertama

Hasrat pasangan Awal dan Scha yang inginkan cahayamata akhirnya tercapai selepas Scha sendiri mengumumkan dia hamil empat bulan menerusi laman Instagram miliknya.
Hasrat pasangan Awal dan Scha yang inginkan cahayamata akhirnya tercapai selepas Scha sendiri mengumumkan dia hamil empat bulan menerusi laman Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al Yahya pada petang Jumaat mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama Awal Ashaari menerusi laman Instagram miliknya.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 31, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu kandungannya sudah memasuki bulan keempat (trimester kedua) dan gembira bakal bergelar ibu.

"Kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Berbanyak terima kasih kepada semua yang selalu mendoakan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar, Amin," katanya.

Bagaimanapun Scha tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu.

Sebelum ini, Scha dan Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, pernah meluahkan hasrat untuk mendapatkan cahaya mata dengan segera memandangkan mereka berdua sudah bersedia untuk bergelar ibu dan bapa.

Scha dan Awal, 33, berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya.

Artikel Berikut

Artikel Lain