suria

Miley Cyrus Dakwa Dibenci Artis Hollywood

Miley Cyrus
Miley Cyrus

DI sebalik gaya hidup yang glamor dan mewah, Miley Cyrus rupa-rupanya tidak mempunyai ramai kawan khususnya daripada golongan artis di Hollywood.

Menurut laporan Showbizspy, Miley menyifatkan kontroversi yang dilaluinya membuatkan golongan selebriti Hollywood takut untuk berkawan dengannya.

"Saya tidak mempunyai kawan selebriti kerana beberapa orang daripada mereka mungkin takut dengan saya. Rasanya Hollywood membenci diri saya," katanya.

Pada pertengahan tahun lalu, Miley mula menggemparkan dunia dengan kontroversi tingkah lakunya yang semakin liar. Lebih-lebih lagi apabila dia muncul berbogel dalam klip video Wrecking Ball.

Artikel Lain