suria

Hafiz AF, Najwa Latif dan Fauziah Latif Bakal Jayakan Konsert Amal YA1M

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan.HAFIZ SOHAIMI/THE STAR
Antara barisan artis yang akan membuat persembahan.HAFIZ SOHAIMI/THE STAR
Antara barisan artis yang akan membuat persembahan.HAFIZ SOHAIMI/THE STAR

HULU KLANG: Lebih sepuluh orang artis popular bakal melakukan persembahan pada konsert amal YA1M 2013 yang dianjurkan oleh Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M ) pada 3 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengerusinya, Datuk DJ Dave, berkata, artis popular yang terlibat pada konsert ini dipilih daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur bagi memperjuangkan konsep 1 Malaysia.

"Jika dilihat secara terperinci pemilihan artis dibuat daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina termasuk Sabah dan Sarawak.

"Berkemungkinan juga ada penambahan nama artis yang akan diumumkan lagi kerana buat masa ini ada beberapa senarai nama yang masih belum buat keputusan untuk sertai atau tidak, " katanya pada sidang media Konsert Amal YA1M 2013- Satu Suara Satu Matlamat, di sini, Selasa.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Datuk David Arumugam, Fredo, Hafiz AF, Fauziah Latif, Najwa Latif, Marsha, Jimmy Palikat, Lockup dan So Winci.

Tambah DJ Dave konsert ini merupakan projek pertama mereka dalam mencapai objektif penubuhannya iaitu menjaga kebajikan semua artis tanah air.

Katanya, sebelum ini YA1M menerima dana RM2 juta daripada kerajaan yang diberikan kepada hampir 400 artis veteran daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Inilah kali pertama YA1M mengadakan projek untuk menambah tabung pertubuhan, dengan menjual meja konsert.

“Sebanyak 100 meja akan dijual pada harga serendah RM2,000 hingga RM20,000. Semua kutipan akan disalurkan kepada tabung YA1M,” katanya.

Sementara itu bagi pihak yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh menghubungi YA1M di talian 03-22763327.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain