suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Tunang Inspirasi Britney Spears Rakam Album Baharu

Britney dan Jason putus tunang awal tahun ini.
Britney dan Jason putus tunang awal tahun ini.
Britney dan Jason putus tunang awal tahun ini.

PENYANYI Britney Spears mendedahkan keretakan hubungan dengan bekas tunangnya iaitu Jason Trawick telah memberi inspirasi kepada album terbaharunya.

Britney, 32, memberitahu album berkenaan yang bakal dilancarkan pada Disember depan adalah yang paling peribadi yang pernah dia rakamkan.

"Jason telah menjadi inspirasi utama dalam proses penghasilan album ini selain mempunyai elemen peribadi yang cukup kuat," katanya kepada ABC News.

Tambah Britney, selepas putus tunang, dia banyak menghabiskan masa di studio rakaman dan memberitahu pembikinan album tersebut adalah satu terapi buatnya.

"Album ini adalah keterbukaan saya berkongsi mengenai kisah peribadi dan emosi sepanjang mengharungi kekecewaan dalam hati," ujarnya.

Britney juga dilaporkan bakal berkolaborasi dengan beberapa nama besar untuk projek tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain