suria

Sofazr Berjaya Dengan Bergaduh

Sofazr dari kiri: Shah, Ameer, Wan dan Zimi. Foto RAYMOND OOI
Sofazr dari kiri: Shah, Ameer, Wan dan Zimi.  Foto RAYMOND OOI
Sofazr dari kiri: Shah, Ameer, Wan dan Zimi. Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Kumpulan Sofazr menganggap pergaduhan antara ahli yang kerap berlaku mampu mengeratkan lagi hubungan dalam sesebuah kumpulan muzik.

Vokalisnya Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin berkata, situasi tersebut berjaya menjadikan kumpulannya itu mampu bertahan 10 tahun bersama enam orang ahli tanpa bertukar ganti sehingga sekarang.

"Sebenarnya, tip untuk sesebuah kumpulan itu kekal lama ialah mereka perlu bergaduh. Bukan mudah untuk menjadi salah sebuah band yang mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

"Ini kerana ia boleh menunjukkan sikap sebenar diri kita tanpa berselindung. Kami sering bergaduh daripada dulu sehingga sekarang.

"Kalau nak tahu, saya rasa memang kebanyakan kumpulan muzik yang masih kekal juga mempunyai konsep yang sama macam kami. Alhamdulillah, Sofazr masih lagi bergerak bersama enam orang yang sama," katanya.

Tambah Ameer, perbalahan yang tercetus juga membuatkan mereka masing-masing menjadi matang selain lebih mengenali baik buruk diri ahli-ahlinya.

Kumpulan itu turut dianggotai oleh Nazarimi Zahari (Zimi), Wan Syah Baharin Niktah (Syah), Wan Shah Baharom Niktah (One), Ahmad Fairouz Mohammad (Fairuz) dan Rodie Jamun (Rodie).

Sementara itu, bersempena dengan 10 tahun perjalanan seni nyanyian, Sofazr yang kini di bawah naungan KRU Music muncul dengan sebuah single lagu terbaharu berjudul Tak Berhujung Pagi.

Zimi berkata, kematangan mereka dalam industri muzik tempatan turut disuntik dalam lagu tersebut dengan menampilkan cara nyanyian dan muzik yang lebih segar.

"Kekuatan pada lagu ini ialah pada muzik terutama pada bahagian gitar. Selain itu banyak muzik 'programing' yang dimasukkan dalam lagu ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Sofazr juga bakal muncul dengan album terbaru berjudul Satu Dekad yang akan dilancarkan pada September depan. Ini merupakan album ketujuh kumpulan tersebut sepanjang berada dalam industri muzik tempatan.

"Kali terakhir album kami di pasaran adalah pada tahun 2009 dan itu pun merupakan album kompilasi The Best of Sofaz.

"Jadi saya percaya album terbaharu ini akan memberikan kelainan dalam muzik Sofazr. Bagaimanapun muzik trademark kami masih lagi kekal macam biasa.

"Mana tahu, seandainya ia mendapat respons baik daripada peminat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain