suria

Nabil Ahmad Belum Bersedia Kongsi Gambar Anak

Nabil tunggu masa yang sesuai untuk dedahkan gambar rasmi anak perempuannya. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
Nabil tunggu masa yang sesuai untuk dedahkan gambar rasmi anak perempuannya. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
Nabil tunggu masa yang sesuai untuk dedahkan gambar rasmi anak perempuannya. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad belum bersedia mendedahkan gambar anak perempuannya secara rasmi untuk tatapan umum.

Ujar Nabil, 30, keputusan itu diambil bagi memenuhi permintaan isterinya Nazirah Ayub, 25, yang enggana berbuat demikian memandangkan bayi bernama Naira Mikayla itu baru berusia dua bulan.

“Kami belum paparkan gambar anak secara rasmi. Mana yang sudah terkeluar di Internet bukan secara rasmi daripada kami.

“Isteri saya kata relakslah dulu sebab anak masih terlalu kecil,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini.

Naira dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di Klinik Umra, Shah Alam, dekat sini pada 25 November lalu.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Pengacara rancangan MeleTop ini menambah, pengalaman bergelar bapa baharu mengubah sikapnya menjadi lebih ringan tulang.

“Setiap kali keluar bekerja, memang rasa hendak cepat balik sahaja untuk tengok anak.

“Malah, saya juga menjadi lebih rajin sejak ada anak. Kalau dulu, jadual kerja pun saya minta pengurus yang semak tetapi sekarang saya mula buat sendiri,” jelasnya.

Nabil berkata, tumpuannya kini adalah pada lakonan sejak mengundurkan diri daripada stesen radio Suria FM, hujung tahun lalu.

Katanya, dia juga bakal muncul dalam filem Lawak Ke Der 2 yang diterbitkan daripada rakaman pementasan yang sama di Istana Budaya pada Februari 2012.

Filem yang turut membariskan Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Zizan Razak dan Johan itu bakal ditayangkan pada 7 Mac depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain