suria

MLM 2012: Kemenangan Jozan Bukan Kerana Simpati

Johan memberitahu kemunculannya dalam keadaan sakit pada pertandingan akhir MLM 2012 bukan untuk meminta simpati tetapi tanggungjawab dan janji kepada Zizan.
Johan memberitahu kemunculannya dalam keadaan sakit pada pertandingan akhir MLM 2012 bukan untuk meminta simpati tetapi tanggungjawab dan janji kepada Zizan.
Johan memberitahu kemunculannya dalam keadaan sakit pada pertandingan akhir MLM 2012 bukan untuk meminta simpati tetapi tanggungjawab dan janji kepada Zizan.

JOHOR BARU: Juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) iaitu kumpulan Jozan yang disertai Johan dan Zizan menyangkal dakwaan kemenangan mereka pada pertandingan itu kerana simpati penonton ekoran keadaan Johan yang mengalami kecederaan ligamen pada kaki kirinya.

Johan ketika ditemui berkata, kemunculannya pada pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) pada Jumaat lalu itu adalah sebagai rasa tanggungjawabnya untuk bersama-sama memenangi MLM 2012.

"Saya muncul selepas dua minggu tidak bersama Zizan bukan untuk meraih simpati atau sebagai satu strategi memancing undi peminat tetapi semangat dan janji saya kepada Zizan untuk memenangi MLM 2012.

"Saya tidak dapat berkata apa-apa jika orang menganggap kemunculan saya itu sebagai satu 'drama' untuk meraih undi," jelasnya kepada mStar Online.

Pada pertandingan itu, Jozan membawa pulang wang tunai RM500,000 dan sebuah trofi manakala gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jambu yang disertai oleh Yus dan Tauke. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu kumpulan Shiro (Shahrol & Ajak) mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

Tambah Johan, walaupun doktor melarangnya untuk mengadakan persembahan pada malam itu namun dia sedaya upaya menyembunyikan kesakitan dan tidak menggunakan tongkat ketika berada di pentas.

"Saya tidak mahu orang melihat kesakitan saya kerana enggan kemunculan saya dipandang berbeza dan mahu penonton memberikan perhatian pada persembahan kami dan bukannya perkara lain, ujarnya.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia berasa sebak dengan kesungguhan Johan yang sanggup menjayakan pertandingan akhir walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.

Tambah Zizan, walaupun kekurangan dari segi latihan namun semangat untuk tidak menghampakan peminat telah membuatkan mereka kental untuk menghadapi pertandingan akhir itu.

"Jujur saya katakan persembahan kami bukan yang terbaik kerana kurang membuat latihan bersama-sama kerana keadaan kesihatan Johan tetapi gabungan kami dan semangat Jozan nyata telah menambat hati juri dan peminat," jelasnya.

Sementara itu, Johan berkata, kemenangan tersebut cukup berbaloi dengan usaha mereka berdua selama ini yang mahu melihat industri lakonan komedi diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain