suria

Pengasas Majalah Playboy Kahwin Wanita 26 Tahun

PENGASAS majalah porno Playboy, Hugh Hefner, 86, secara rasminya telah berkahwin dengan Crystal Harris, 26, pada Selasa lalu.

Ternyata jarak usia 60 tahun tidak menghalang pasangan itu untuk mengecap kebahagiaan bagi mendirikan rumah tangga bersama.

Menurut laporan Telegraph, majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di rumah agam Playboy, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

"Mr. dan Mrs. Hugh Hefner mengucapkan selamat tahun baru," demikian tulis Hugh di Twitter miliknya.

Beberapa jam kemudian, Hugh sempat memuat naik foto dia bersama isterinya yang secocok dengan pakaian pengantin mereka.

Pasangan itu sebenarnya telah merancang untuk berkahwin pada tahun lalu, namun Crystal telah meminta perkahwinan itu ditunda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain