suria

Forteen Nafi Berpecah, Hasilkan Album Hujung Januari 2013

Kumpulan Forteen
Kumpulan Forteen
Kumpulan Forteen

PETALING JAYA: Kumpulan Forteen menegaskan bahawa keempat-empat ahli mereka masih lagi bersatu dan nafi berpecah seperti dakwaan daripada sesetengah pihak.

Anggotanya Saiful Ridzuan Abd Hamid atau Ariz, 23, berkata, dia menganggap, berita perpecahan itu sekadar khabar angin kosong yang mungkin telah disalah anggap oleh individu yang menyebarkan kisah mereka itu.

"Tak mungkinlah kami nak berpecah kerana perjalanan karier kami baru sahaja mahu bermula lebih-lebih lagi selepas kemenangan Forteen bagi. Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) baru-baru ini.

"Mungkin orang yang menyebarkan berita itu tersalah anggap apabila melihatkan Izzue seperti mempunyai kedudukan tersendiri dalam bidang lakonan yang diceburinya.

"Bagaimanapun, itu bukannya satu penghalang untuk kami bersatu dalam nyanyian. Alhamdulillah, sudah dua tahun bersama, ahli-ahli Forteen semakin kukuh bersatu," katanya.

Kumpulan yang mencipta nama menerusi lagu Berdua Bersatu itu turut dianggotai Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One, 23, Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam), 22 dan Mohammad Arif Ameerais Azhar (Ameer), 22.

Tambah One pula, Forteen bakal memulakan sesi rakan album pertama mereka pada akhir Januari ini dengan membariskan sebanyak lapan buah lagu termasuklah lagu-lagu single popular mereka yang antaranya ialah Seperti Dulu dan Berdua Bersatu .

Selain itu, ahli-ahli Forteen turut mengikut jejak Izzue dengan menceburi bidang lakonan pula.

Kumpulan itu bakal berlakon menerusi sebuah telefilem khas Forteen di bawah terbitan KRU Showbiz dan akan menjalankan penggambaran sekitar Mac depan.

"Alhamdulillah, pihak KRU telah memberikan pelbagai peluang dalam karier seni kami ini.

"Menerusi telefilem tersebut, kami dapat melihat sejauh mana kemampuan diri masing-masing di bidang lakonan.

"Malah kejayaan Izzue di bidang lakonan tidak pernah kami cemburu, sebaliknya ia sebagai inspirasi buat kami untuk menjadi pelakon yang bagus," ujar Ameer.

Artikel Lain