suria

Kumpulan Dari Sabah & Selangor Juara Festival Nasyid Kebangsaan

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran (kanan) menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) kali Ke-22 di Wisma Muis di sini. Turut sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Amri Suratman (dua dari kiri). Foto BERNAMA.

KOTA KINABALU: Kumpulan Zinnirah dari Selangor yang mendendangkan lagu 'Muhasabah' menjuarai kategori tradisi manakala Kumpulan Zara dari Sabah memenangi kategori moden pada Festival Nasyid Kebangsaan ke-22.

Sebanyak 10 kumpulan masing-masing lima kumpulan bagi kategori tradisi dan lima lagi kategori moden bertanding di peringkat akhir festival itu yang berlangsung di Dewan Saadah, Wisma Muis di sini.

Johan kategori tradisi dan moden masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000, piala iringan serta sijil penghargaan dan hadiah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Muhammad dari Sabah bagi kategori tradisi manakala kategori moden disandang Kumpulan Al-Zulfa dari Selangor.

Mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, trofi dan sijil penghargaan.

Kumpulan Zara dari Sabah turut memenangi kategori Persembahan terbaik yang menerima wang tunai sebanyak RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Pemenang daripada kategori Etnik KadazanDusun dan Bajau di peringkat Sabah turut mengadakan persembahan khas dengan menyampaikan dua buah lagu dalam dialet bahasa itu.

Negeri Sabah buat julung kali menjadi tuan rumah penganjuran festival nasyid peringkat kebangsaan itu.

Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Amri Suratman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain