suria

Sakit Angin Ahmar, Yahya Sulong Kian Stabil

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong, 84, yang menderita penyakit angin ahmar kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), 9 Ogos lalu.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, isterinya, Datin Alisah Ali, 67, ketika dihubungi berkata, suaminya semakin sihat dan sudah sedarkan diri selepas terjatuh di bilik air di rumah mereka, awal Ogos lalu.

“Alhamdulillah, anak memaklumkan bapa mereka (Yahya) sudah menunjukkan perkembangan positif dan mula sedarkan diri selepas koma,” katanya memaklumkan dia sendiri turut dimasukkan ke Wad Onkologi HKL akibat penyakit barah yang dideritai sejak dua tahun lalu.

Menurut Alisah, sejurus dimasukkan ke hospital terbabit, suaminya diberikan alat pernafasan berikutan jantungnya semakin lemah.

“Tiada apa mampu dikatakan lagi melainkan berdoa suami dan saya segera pulih untuk berjumpa anak-anak,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain