suria

'Olli' Filem Tamil Seram Lalui Tempoh Tujuh Tahun

Dua bintang utama filem Olli iaitu Pushpa Narayan (tiga, kanan) dan Sashi Tharan (dua, kanan) bersama barisan karyawan filem itu pada pelancarannya di Finas, baru-baru ini. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Bagi mendapatkan kualiti filem setaraf Hollywood, filem Tamil, Olli terbitan Nova Rimbun Sdn Bhd telah mengambil masa selama tujuh tahun untuk disiapkan.

Pengarahnya, P. Ramesh berkata, pembikinan filem aksi seram yang membabitkan gabungan unsur Sains dan kepercayaan agama Hindu itu dihasilkan dengan begitu teliti terutamanya soal penyelidikan.

"Bukan mudah untuk menghasilkan filem ini yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

"Olli mengisahkan tentang kepercayaan kehidupan semula manusia, sains dan makhluk asing. Ia memerlukan penyelidikan yang sangat teliti dan saya perlu mengkaji beberapa buah Sains dan sejarah Hindu dan pada masa sama meminta nasihat dan pendapat daripada golongan yang arif dengan ilmu agama itu.

"Inspirasi daripada filem-filem Hollywood turut diambil namun ia diterapkan dengan karya yang tersendiri," katanya pada pelancaran filem Olli di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini.

Filem tersebut dijadualkan untuk ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Tambah Ramesh, penggambaran Olli yang dimulakan pada dua tahun lalu itu menggunakan sebanyak 40 peratus teknik pengimejan berkomputer (CGI) lebih-lebih lagi pada aegan yang membabitkan makhluk asing.

Dalam pada itu, pengarah ini turut menyasarkan penonton daripada kalangan bangsa Melayu dan Cina untuk menontonnya.

"Sebelum ini, karya saya lebih memberi fokus untuk tontonan orang India sahaja, namun saya ingin memasuki industri dengan memaparkan filem saya kepada semua lapisan masyarakat.

"Oleh itu, saya mengambil pendekatan tiga bahasa dalam Olli iaitu bahasa kebangsaan iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris," ujarnya.

Dibarisi oleh dua pelakon hebat, Pushpa Narayan dan Shashi Tharan mengisahkan tentang makhluk asing yang berusaha untuk menakluki Bumi dan situasi ini disedari oleh seorang ahli geologi bernama Vishnu (Shashi) yang mempunyai seorang isteri, Sumathi (Pushpa).

Pertelagahan antara Vishnu dengan makhluk asing tersebut telah membuatkan makhluk itu marah lalu menculik Pushpa.

Artikel Lain