suria

Lebih 5,000 Penonton Banjiri Konsert 'Rock The World Adrenaline 2011'

Antara Persembahan pada Konsert 'Rock The World (RTW) Adrenaline 2011'.Foto M. AZHAR ARIF
Antara Persembahan pada Konsert 'Rock The World (RTW) Adrenaline 2011'.Foto M. AZHAR ARIF
Antara Persembahan pada Konsert 'Rock The World (RTW) Adrenaline 2011'.Foto M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Konsert 'Rock The World (RTW) Adrenaline 2011' berakhir dengan meriah apabila lebih 5,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka, di sini Sabtu.

Kemunculan kumpulan Daarchlea, The Padangs dan Massacre Conspiracy ternyata amat dinantikan oleh penonton yang cukup terhibur dan menghayati muzik yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri.

Selain itu, persembahan daripada The Azenders, Akta Angkasa, Bittersweet, Monoloque & Atilia, Pesawat yang tersenarai antara 20 artis yang terlibat turut tidak menghampakan penonton.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Mobile Prepaid, Jason Lo, biarpun industri muzik rock kurang menyerlah pada tahun ini, namun peminat masih menyokong revolusi muzik itu.

"Saya lihat band rock tidak banyak menghasilkan album baru.

"Tetapi Rock The World sentiasa membuka peluang kepada band lama dan baru untuk menunjukkan bakat muzik masing-masing," ujarnya ketika ditemui di konsert itu.

Katanya lagi, 70 peratus dari artis yang membuat persembahan adalah artis baru.

"Kami berharap RTW akan sentiasa maju dan berkembang selepas 11 tahun dianjurkan.

"Jika tiada aral, kami akan mengadakan RTW di Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain