suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Akui Tiada Kawan Rapat

Angelina bersama keluarganya
Angelina bersama keluarganya
Angelina bersama keluarganya

PELAKON popular Angelina Jolie mengakui tidak mempunyai kawan kerana lebih kerap menghabiskan masa terluangnya dengan keluarga daripada bersosial.

Katanya, kesibukan di lokasi penggambaran membuatkannya kekurangan waktu bersama rakan-rakan dan waktu senggang lebih senang bersama suami dan anak-anak.

"Saya tidak punya kawan-kawan rapat yang benar-benar boleh berkongsi masalah. Saya selalu berada di rumah jika tidak bekerja.

"Selain itu saya tidak ada masa untuk keluar bersosial seperti artis lain," katanya seperti dipetik Splashnews.

Jelas Angelina dia banyak bercakap dan meluahkan rasa dengan suaminya, Brad Pitt.

"Saya selalu bercakap dengan ahli keluarga saya sahaja dan jika ada masalah tentang kerja aku lebih selesa untuk bercerita dengan suami," tuturnya lagi.

Dalam pada itu, Angelina belum ada rancangan untuk menambah cahaya mata buat masa terdekat ini, namun tidak menolak jika hamil lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain