suria

MonoloQue Tidak Pernah Mahu Jadi Hero 'Rock N Roll'

Kumpulan MonoloQue.
Kumpulan MonoloQue.
Kumpulan MonoloQue.

KUALA LUMPUR: Kumpulan MonoloQue yang popular dengan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa menolak dakwaan bahawa mereka mahu menjadi penyelamat muzik Rock N Roll di negara ini.

Penyanyi utama kumpulan itu, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau Loque berkata mereka tidak berniat atau pernah memberitahu bahawa mereka mahu menjadi penyelamat muzik dari genre itu.

Loque berkata, ia adalah bersifat universal dan soal menyelamat tidak timbul kerana semua pemuzik harus bergerak bersama-sama dalam menaikkan industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi.

"Kami tidak pernah memberitahu kepada mana-mana pihak kononnya ingin menjadi penyelamat muzik Rock N Roll di negara ini.

"Tetapi bukan lebih baik kita sama-sama membangunkan industri muzik tempatan ke peringkat lebih tinggi supaya ia lebih diterima ramai?," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertama mereka di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Loque berkata, penumpuan mengenai menghasilkan karya-karya yang bagus lebih menjadi keutamaan mereka dalam memberi kepuasan kepada peminat.

Ujarnya, kelahiran album 'Jejak Tanah' adalah bukti mereka bersungguh-sungguh dalam hasrat ingin mewarnai industri muzik tempatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain