suria

Luna Maya Mahu Berbuka Puasa Dengan Ariel

Luna Maya. Foto Kapanlagi.com
Luna Maya. Foto Kapanlagi.com
Luna Maya. Foto Kapanlagi.com

JAKARTA: Pelakon dan pengacara Luna Maya berharap dapat berjumpa dan berbuka puasa bersama kekasihnya bekas vokalis Peterpan, Ariel yang kini masih menjalani hukuman penjara.

Tambah Luna, dia masih tidak tahu sama ada berkesempatan untuk berbuka atau tidak memandangkan waktu lawatan yang berbeza pada Ramadan ini.

"Saya tidak tahu dapat berbuka puasa atau tidak pada Ramadan ini bersamanya kerana dia sudah ditukarkan ke penjara lain dan waktu lawatannya juga berbeza pada bulan Ramadan.

"Tapi saya berharap dan berdoa agar berpeluang untuk berbuka dengannya Ramadan ini," tuturnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Bercerita tentang sambutan hari raya Aidilfitri juga, Luna masih belum mempunyai sebarang rancangan untuk meraikannya bersama Ariel.

"Saya tidak tahu lagi dan belum merancang tentang berkumpul pada Aidilfitri, tapi memang harapannya untuk bersama dia. Namun kini dia sedang menjalani hukuman," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain