suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Erra Fazira Teruja Duet Dengan Sohaimi Mior Hassan

Erra Fazira
Erra Fazira
Erra Fazira

KUALA LUMPUR: Lagu terbaru berjudul Dalam Rumah Tangga nyanyian Erra Fazira dan Sohaimi Mior Hassan mempunyai “mood” seperti gandingan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Seri Saloma.

Penyanyi Erra yang telah lama tidak beraksi dalam bidang nyanyian akui teruja dengan projek terbarunya itu.

"Lagu Dalam Rumah Tangga telah siap dirakam dan diperdengarkan kepada pendengar. Nyanyian saya dengan abang Sohaimi lebih kurang seperti “mood” nyanyian Saloma dan P.Ramlee," kata Erra dalam satu sidang media di rakaman program Mari Berdansa Aidilfitri di Astro Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Jelasnya, “single” tersebut dapat mengubat rindunya kepada bidang nyanyian.

Malah kata Erra, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan bekas protegenya, Salma yang menjuarai program Mentor baru-baru ini.

Erra turut mengakui agak rugi kerana gagal menghasilkan album ketika bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Record (SRC) tidak lama dulu.

"Saya sudah habis kontrak dengan SRC dan hanya sempat merakamkan lima buah lagu. Saya memang rindu untuk tampil dengan lagu baru tetapi saya sibuk dengan dunia lakonan saya," katanya.

Tambahnya:"Kalau mahu menghasilkan album baru, saya akan memilih lagu yang luar biasa. Saya gemarkan genre balada dan irama rancak."

Sekali-sekala, ibu kepada seorang anak ini masih memenuhi undangan nyanyian di majlis korporat dan tertutup.

Beralih kepada dunia lakonan, Erra akan sibuk untuk pementasan teater “Badai Semalam” selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Selain itu dia dijangka akan berlakon sebagai pembunuh upahan dalam sebuah filem pada hujung tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain