suria

Sabree Fadzil Cari Pelakon Filem ‘Tokak’

Sabree Fadzil
Sabree Fadzil
Sabree Fadzil

PETALING JAYA: Pelakon terkenal 80-an, Sabree Fadzil sedang mencari pelakon yang ingin membintangi filem arahannya berjudul Tokak.

Filem seram komedi itu akan diterbitkan oleh MAR Energetic Industries Sdn Bhd dan memilih Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai lokasi penggambaran.

Sehubungan itu, sesi uji bakat untuk memilih pelakon filem itu akan diadakan pada 27 Februari ini di 47A, Jalan SG10/4, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Uji bakat ini terbuka kepada semua lapisan usia dan jantina serta memiliki bakat dan pengalaman dalam bidang lakonan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan uji bakat ini, sila hubungi Isha MJ atau Baei di talian 013-2946510.

Artikel Berikut

Artikel Lain