suria

Gandingan Menarik Akim & Juliana Evans Dalam "Inilah Cinta"

KUALA LUMPUR: Wall Cornetto dan Astro Ria bergabung menerbitkan sebuah drama mini bersiri berjudul Cornetto Inikah Cinta yang bakal disiarkan bermula 9 Oktober ini.

Drama yang dipetik dari judul lagu Akim AF7, Inilah Cinta ini berdurasi selama lima minit dan menemui penonton dua kali seminggu pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 8.55 malam. Drama ini mempertaruhkan dua bintang remaja yang sedang meningkat naik iaitu Akim dan Juliana Evans.

Menurut Pengurus Saluran Ria, Azlin Reza Azmi, drama bersiri 16 episod ini mampu menarik perhatian penonton remaja kerana mempunyai jalan cerita yang ringkas dan mudah.

"Kami yakin drama mini bersiri ini akan dapat menarik perhatian ramai peminat terutamanya peminat Akim. Jalan cerita tentang ringkas dan mudah diikuti bersesuaian dengan hakikat sebanar golongan remaja," katanya.

Drama ini berkisah tentang percintaan dua remaja yang bertemu dalam keadaan tidak diduga. Akim memegang watak seorang pelajar tahun akhir yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik dan bercita-cita menjadi seorang penyanyi.

Manakala Juliana merupakan seorang gadis yang baru sahaja berdepan dengan pengalaman pahit dalam percintaan yang membuatkannya hilang kepercayaan kepada lelaki.

Kedua-dua mereka mempunyai latar kehidupan berbeza tetapi mempunyai satu persamaan iaitu mengemari aiskrim Wall's Cornetto dan dalam satu kejadian mereka berjumpa dan bercinta.

Menurut Akim, pertama kali bekerja dengan Juliana memberi satu pengalaman yang berbeza. Dia mengakui mempunyai keserasian ketika melakonkan adegan cinta.

"Saya sangat meminati Juliana Evans sejak dari awal kemunculannya. Jadi ketika diberitahu akan digandingkan bersama saya rasa teruja dan gembira.

"Dia seorang yang mudah dibawa berbincang dan banyak membantu saya untuk menghayati watak. Saya rasa seperti betul-betul bercinta dengannya ketika berada di lokasi," jelasnya.

Manakala bagi Juliana Evans, berlakon dalam drama mini bersiri ini merupakan peluang terbaik kerana dapat berlakon dengan bintang baru seperti Akim.

"Semasa menerima tawaran untuk berlakon saya baca dahulu skripnya. Ia sangat menarik dan mudah, sesuai bagi golongan remaja.

"Cinta yang cuba ditonjolkan bukan sekadar cinta malah erti persahabatan dan kasih sayang," katanya.

Dalam pada itu, penonton juga berpeluang menyertai peraduan Cornetto Show Your Love yang bakal berlangsung dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2010.

Peserta-peserta hanya perlu menikmati aiskrim Wall's Cornetto dan mengumpul sebanyak mungkin penutup aiskrim tersebut bagi memenangi telefon bimbit Ipad, Astro Beyond beserta pakej langganan saluran HD selama setahun, Ipod Touch 8Gb, Tshirt kekasih dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti pemenang-pemenang setiap bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain