suria

Astro SuperSport 3 Tambah Pakej Sukan

PELANGGAN Astro yang melanggan pakej sukan mempunyai lebih pilihan menonton Liga Premier Barclays (BPL) yang boleh diikuti menerusi televisyen, perkhidmatan dalam talian dan menerusi telefon bimbit.

Bagi memenuhi permintaan para penonton untuk menikmati pengalaman menonton yang menakjubkan sebuah saluran sukan yang baru, Astro SuperSport 3 mula bersiaran pada 12 Ogos ini untuk memberi ruang kepada liputan secara langsung mengenai kelab-kelab Inggeris.

Para pelanggan pakej sukan Astro boleh menikmati video penghantaran secara langsung untuk setiap perlawanan yang terpilih menerusi perkhidmatan Astro B.player di www.astro.com.my/stadiumastro dengan mendaftar secara mudah di halaman sesawang tersebut.

Para pengguna iPhone juga akan berasa teruja kerana mereka boleh menonton siaran perlawanan BPL secara langsung tanpa sebarang kos untuk suatu tempoh yang ditetapkan dengan hanya memuat turun aplikasi B.player Astro secara percuma.

Dengan pelancaran Astro SuperSport 3 menerusi saluran 817, para pelanggan pakej sukan Astro akan mempunyai akses kepada 9 buah saluran sukan dengan tambahan kepada 2 saluran sukan HD.

Para pelangan boleh menghubungi talian 1 300-82-3838 atau layari www.astro.com.my untuk melanggan pakej berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain