suria

Gelek Gerudi Saya Bukan Satu Jenayah- Inul

Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

SIAPA tidak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi. Persembahan Inul bagaikan tidak lengkap tanpa tarian itu.

Walaupun gelek gerudi Inul pernah menimbulkan kontroversi, namun tidak bermakna dia akan berhenti dari bergoyang.

Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei ini, Padang Kompleks Sukan Keningau (31 Mei) dan Sunway Hotel Resort & Spa (4 Jun).

"Saya masih akan buat gelek gerudi kerana ia bukan criminal. Goyangan itu bukan lucah tetapi apa yang dilakukan itu lebih attractive . Selain gelek gerudi, saya juga akan melakukan goyang-goyang yang lain juga.

"Empat bulan lalu, saya turut terlibat dalam sebuah konsert dengan kumpulan Dewa 19 di Kuala Lumpur. Mereka tiada masalah dengan penampilan saya kerana saya masih mengenakan baju sopan dan tertutup. Saya masih tahu menjaga diri, anak, suami dan bisnes saya. Jadi tak perlu khuatir pasal pakaian.

"Saya tidak akan melakukan gelek gerudi sepanjang konsert itu kerana ia boleh membuatkan saya rasa letih. Jadi saya akan hiburkan penonton dengan lagu berentak perlahan dan melankolik," katanya yang akan mempersembahkan 15 hingga 20 buah lagu.

Nyanyian Inul akan mendapat bantuan oleh pemuzik serta penyanyi tempatan termasuk Hazami, Mas dan Handy Black.

Dalam perkembangan lain, Inul turut menghasilkan single terbarunya berjudul Kasih Tak Termiliki ciptaan Irwan Stinky dan David Lau.

Walaupun berlainan selera, Inul masih setia dengan genre dangdut.

"Saya masih mencintai dangdut dan sedar saya berasal dari muzik itu.

"Walaupun saya akan membuat album pop, saya tidak rasa orang akan terkejut. Saya profesional dan akan membuat mengikut permintaan peminat," jelas penyanyi lagu Kocok-Kocok itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain