Larry King Batal Ceraikan Isteri Ketujuh - Hiburan | mStar

Larry King Batal Ceraikan Isteri Ketujuh

Larry dan isterinya, Shawn.
Larry dan isterinya, Shawn.

RAJA Bual Bicara Dunia Larry King dan isteri ketujuhnya, Shawn Southwick, kembali bersatu dan sepakat untuk membatalkan proses cerai. Larry akan kembali ke rumah untuk hidup bersama dengan keluarganya.

"Mereka membatalkan proses penceraian," kata jurucakap Larry King, Howard Rubenstein kepada Reuters semalam.

Larry, 76, dan Shawn, 50, telah bernikah selama 13 tahun dan dikurniakan dua orang anak. Namun pada April lalu, mereka memfailkan penceraian. Pasangan itu yakin mereka tidak mungkin akan bersatu lagi setelah menilai perbezaan antara satu sama lain. Tapi minggu ini Larry dan Shawn kembali bersama.

"Kami berhutang kepada diri kami sendiri dan anak-anak kami untuk meneruskan hidup bersama. Kami ingin berterima kasih kepada teman-teman atas kesetiaan, cinta dan sokongan kepada kami," kata Larry.

Larry telah bernikah dengan tujuh perempuan. Tetapi jika dia bercerai dengan Shawn, itu akan menjadi penceraian yang kelapan kerana sebelum ini hos CNN itu telah berkahwin dengan bekas isterinya dan kemudian menceraikannya kembali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp