suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Tewas Seksi Daripada Marilyn

DUA aktres Hollywood iaitu Angelina Jolie dan Marilyn Monroe, sama-sama seksi. Namun siapa antara mereka yang lebih seksi? Ternyata Marilyn yang mati pada usia 48 tahun lebih 'panas' berbanding Jolie.

Ini kerana hasil undian dari laman web Fox411, aktres Hollywood dari usia emas sehingga yang muda mendapat pencalonan bagi kategori artis Hollywood paling seksi.

Terdapat 25 aktres yang dicalonkan. Mereka ini dipilih bukan sahaja kerana seksi malah turut dinilai dari segi bakat, kecantikan dan kekuatan masing-masing.

Menurut Foxnews semalam, Marilyn menduduki tempat pertama undian tersebut dengan undian 60,000 responden. Undian tersebut berjalan selama seminggu.

Sedangkan Jolie berada pada kedudukan kedua dengan mengutip 9,000 undian. Meskipun begitu, kekasih Brad Pitt itu menjadi satu-satunya aktres masa kini yang tersenarai dalam lima teratas. Selepas Jolie adalah Sophia Loren, Raquel Welch dan Elizabeth Taylor.

Artikel Sebelum

Artikel Lain