suria

'Cerita Teh Tarik F&N' Bawa Kehidupan Harian Rakyat Malaysia

RANCANGAN Cerita Teh Tarik F&N, inisiatif teh tarik terbaru daripada F&N Dairies (M) Sdn Bhd yang berusaha untuk menonjolkan detik-detik penting dalam kehidupan kita atau aktiviti harian yang sering berlaku sambil menikmati segelas teh tarik.

Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan mempunyai satu lagi sebab untuk berkumpul sambil menikmati teh tarik – untuk menonton Cerita Teh Tarik F&N di TV3, yang memaparkan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia, dibawakan kepada anda oleh pakar teh tarik – Susu Pekat F&N. Keudara pada Khamis pukul 6 petang, episod pertama Cerita Teh Tarik F&N disiarkan mulai 29 April hingga 10 Jun.

Saksikan 'Memori Skuter Cinta' oleh Kisah Cinta Teh Tarik pada 13 Mei, 'Rentak Estranged' oleh Kumpulan Rock Estranged (20 Mei), 'Syurga Pertemuan' oleh Pertemuan Semula Sekeluarga (27 Mei), 'Telatah Upin & Ipin' oleh Upin & Ipin (3 Jun) dan 'Deruman RX8 Malaysia' oleh Kelab Drifters RX8 (10 Jun). Hos Cerita Teh Tarik F&N yang mempunyai tujuh episod kesemuanya, ialah pelakon, peragawan dan pengacara televisyen terkenal di Malaysia, Awal Ashaari.

Menurut Pengurus Kanan Produk Kumpulan susu pekat F&N Dairies (M) Sdn Bhd, di Malaysia, Eileen Chan, teh tarik selalunya menjalin ikatan di sebalik pergaulan mesra kita setiap hari yang membentuk sebahagian daripada latar belakang banyak kenangan manis kita, sama ada dengan sahabat handai ataupun keluarga.

“Cerita Teh Tarik F&N adalah usaha kami untuk mengetengahkan ceritera rakyat Malaysia serta kejayaan mereka, yang telah memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang budaya dan aktiviti yang kini dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat. Teh tarik adalah sebahagian budaya sosial berbilang kaum Malaysia dan F&N banyak menyumbang untuk membolehkannya berlaku. Jadi, rancangan ini juga bertujuan untuk menegakkan budaya teh tarik Malaysia kita yang unik.

“Wira yang tidak dicanangkan ialah Susu Pekat F&N – kegemaran rakyat Malaysia yang juga telah sekian lama sinonim dengan teh tarik di Malaysia.

“Cerita Teh Tarik F&N meneruskan hubungan rapat F&N dengan teh tarik iaitu minuman kegemaran Malaysia, sambil mengukuhkan semangat silaturahim Malaysia menerusi mesej penting seperti perpaduan, ikatan keluarga, persahabatan, perdamaian dan resolusi positif dengan berkongsi saat berharga, kenangan istimewa dan suka dan duka, atau cerita teh tarik yang memberi inspirasi,” kata Chan.

Setiap episod membawakan tema dan subjek tertentu, daripada tarian dan muzik hingga lukisan, sukan dan animasi, dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara seperti selebriti termasuk Alam, sensasi b-boy Malaysia, yang memenangi pertandingan So You Think You Can Dance bersama Wakaka Crew, dan kumpulan rock Malaysia yang terkenal, Estranged; seniman Malaysia yang berbakat seperti dua beradik Ajis dan Ronnie Mohammad yang berkongsi minat melukis; dan pencipta serta bakat di sebalik Upin dan Ipin.

Terdapat juga episod mengenai persahabatan antara anggota Kelab RX8 Malaysia, manakala dua episod lagi mengupas kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibu yang baru ditemukan semula dengan anak-anak perempuannya setelah terpisah selama 50 tahun.

Chan yakin Cerita Teh Tarik F&N akan menarik warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulam dalam budaya kita.

“Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat, tetapi jangan tertinggal mana-mana episod kerana setiap satu memberi perspektif baru tentang topik yang diketengahkan.

“Anda mungkin fikir anda tahu al-kisah cerita yang dipaparkan tetapi hakikatnya banyak yang anda boleh pelajari daripada setiap episod. Jadi, saya berharap rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat akan menonton rancangan ini,” jelasnya.

Menurut Chan lagi, F&N Dairies telah banyak melabur untuk promosi rancangan ini, termasuk menganjurkan peraduan SMS mingguan yang mengaitkan rancangan Cerita Teh Tarik F&N, bagi menggalakkan orang ramai menonton.

Selain F&N Teh Tarik Roadshow dan aktiviti persampelan, terdapat juga promosi pengguna dan program tebusan yang menawarkan hadiah menarik termasuk Hadiah Utama TV plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik lain melalui promosi pengguna dan program tebusan dan satu set bingkai gambar unik untuk pengguna merakamkan detik teh tarik istimewa tersendiri.

Acara pelancaran rancangan ini termasuk persembahan langsung oleh Alam dan Wakaka Crew serta Funky Girls, manakala Ronnie Mohammad mengambil peluang untuk menghadiahkan lukisannya yang menggambarkan aktiviti teh tarik kepada F&N Dairies sebagai tanda penghargaan kerana memaparkan hasil karyanya dalam rancangan ini.

“Cerita Teh Tarik F&N” telah diilhamkan oleh F&N Dairies, syarikat di sebalik jenama Susu Pekat No. 1 Malaysia, iaitu ramuan utama teh tarik dan minuman lain di seluruh Malaysia sejak beberapa generasi lalu melalui jenama sebutan ramai seperti Susu Isian Pekat Manis F&N, Krimer Manis Bervitamin F&N, Krimer Manis F&N, Krimer Manis Teh Tarik F&N dan produk terbarunya, F&N eXtra Tongkat Ali & Ginseng,” ujarnya.

F&N Dairies (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Fraser & Neave Holdings Berhad, dan merupakan pengilang dan pemasar utama susu pekat manis, susu sejat, jus pasteur dan aiskrim di Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain