suria

Simon Cowell, Piers Morgan Berebut Tarikh Kahwin

PENGKRITIK terkenal Simon Cowell mungkin terpaksa menunda tarikh perkahwinannya jika hakim program, Britain's Got Talent, Piers Morgan meneruskan rancangannya untuk berkahwin bulan Julai ini.

Piers, 44, akan mengahwini Celia Walden, 33, pada bulan Julai.

Jika ini berlaku, Simon, 50, tidak ada peluang tapi perlu menukar tarikh kahwinnya dengan kekasih berketurunan Afghanistan, mekap artis Mezhgan Hussainy, 36.

"Piers dan Simon mempunyai ramai kawan-kawan dan kesemua mereka akan turut serta dalam perkahwinan," jelas Simon kepada the Daily Star.

Sumber itu berkata,"Ia seperti satu gurauan siapa yang akan menentukan tarikh perkahwinan terlebih dahulu."

Simon dan Mezhgan bertemu tahun lepas setelah Mezhgan memberi imej baru kepada penyanyi realiti, Susan Boyle, 48.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain