suria

AF8 Raih Lebih Undi Dari Sabah, Sarawak?

Antara barisan pelajar baru Akademi fantasia musim kelapan yang baru diperkenalkan kepada media. Foto The Star Oleh SAM THAM(/b)
Antara barisan pelajar baru Akademi fantasia musim kelapan yang baru diperkenalkan kepada media. Foto The Star Oleh SAM THAM(/b)
Antara barisan pelajar baru Akademi fantasia musim kelapan yang baru diperkenalkan kepada media. Foto The Star Oleh SAM THAM(/b)

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang terdiri dari enam perempuan dan enam lelaki telah diumumkan sebagai pelajar Program realiti TV popular Akademi Fantasia bagi musim kelapan (AF8) sebentar tadi.

Ujibakat yang dijalankan pada Januari lalu telah memilih enam orang pelajar dari Malaysia Timur iaitu empat pelajar perempuan daripada negeri Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir, 23, Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19, Erma Suhaimi, 21 dan Siti Adira Suhaimi, 19, manakala Zafarina Jamhari, 28, dan Muhd Shahril Firdaus El, 22 berasal dari Sarawak.

Pemilihan lebih ramai pelajar dari negeri Borneo telah menimbulkan persoalan terhadap pihak Astro seperti ingin meraih undi daripada negeri yang dikatakan masih taksub dengan program tersebut.

Bagaimanapun Pengetua AF8, Norman Abdul Halim memjelaskan bahawa pemilihan adalah berdasarkan kualiti merit bukan berdasarkan kuota atau meraih undi.

"Kita tidak memilih ikut kouta dengan menetapkan beberapa orang di sebuah negeri tetapi kita lebih mengikut kepada merit iaitu kualiti yang mereka ada sebagai seorang penghibur.

"Saya lihat penyartaan peserta daripada Sabah Sarawak lebih menonjol daripada Semenanjung bukan disebabkan perkara lain," ujarnya.

Selain itu enam orang pelajar yang terpilih dari Semenanjung ialah Nadia Emilia Roselan, 21, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, Muhammad Alif Kadim, 18, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, Emirza Awan Zulazrin Chew, 20 dan Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22.

Dalam pada itu, apa yang menarik ialah dua pelajar AF8 musim ini terdiri daripada dua adik-beradik perempuan iaitu Ema dan Adira yang berasal dari Sabah.

Menurut Norman pemilihan kedua-dua mereka adalah berdasarkan kualiti dan bakat masing-masing.

"Kami memilih adik beradik ini disebabkan kekuatan vokal masing-masing dan aura mereka yang tersendiri dan mereka datang ujibakat di Kuala Lumpur bukan di Sabah," ujarnya yang menjanjikan kelainan pada AF8 kali ini.

Menurutnya lagi, pelajar-pelajar akan melalui proses pembelajaran melalui pelan jangka panjang yang telah dirancangkan.

"Saya tidak mahu mereka keluar dari akademi tanpa mengutip sebarang nilai. Paling kurang pun enam orang saya janjikan boleh pergi jauh dalam industri ini," katanya.

Perjuangan 12 orang pelajar ini akan dimulakan dengan episod pembukaan Tirai AF Sabtu ini pada jam 9 malam di Astro Ria bersama Sarimah dan Jimmy selaku hos. Manakala kehidupan seharian mereka dalam diari boleh ditonton mulai 15 Mac, pada jam 7.30 malam bersama Jimmy Shanley.

Artikel Lain