suria

Radhi-Shazlin Datang Bersama, Ingin Selesai Kes Cerai Cara Baik

Radhi dan Shazlin hadir bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini. -Foto Utusan
Radhi dan Shazlin hadir bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini. -Foto Utusan
Radhi dan Shazlin hadir bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini. -Foto Utusan

PETALING JAYA: Setelah lima kali tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, akhirnya vokalis OAG, Mohd Radhi Razali muncul pada prosiding kes pengesahan lafaz cerai yang dituntut oleh isterinya, Shazlin Sharif pada hari ini.

Radhi dilihat hadir bersama Shazlin dengan menaiki sebuah kereta yang dipercayai milik isterinya itu pada pukul 2.40 petang tadi.

Kehadiran mereka secara bersama yang turut ditemani oleh seorang wanita itu menimbulkan tanda tanya kerana selama ini kedua-duanya bersikap dingin antara satu sama lain.

“Kami nak selesai cara baik,” kata Radhi ringkas ketika ditanya mengenai hal itu di luar mahkamah.

Katanya lagi, mereka sudah kesuntukan masa untuk menghantar anak iaitu Mohd Rifdhi Muslim, 5, pergi mengaji al-Quran.

Mereka yang diwakili oleh peguam syarie masing-masing iaitu Rubiah Jaafar (Shazlin) dan Musa Awang (Radhi) hadir sebelum kes dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

Kes itu ditangguh pada 24 Februari ini bagi memberikan ruang kepada Radhi untuk mengemukakan pembelaan.

Dalam pada itu Rubiah memberitahu Ghazali bahawa pihak Shazlin telah pun memberikan keterangan mengenai lafaz, tarikh dan niat cerai pada 3 November lalu.

“Radhi tidak mengaku lafaz cerai seperti yang didakwa oleh Shazlin,” ujar Musa yang baru dilantik untuk mewakili Radhi pada 6 Januari lalu.

Musa berkata, Radhi kerap tidak hadir ke mahkamah sebelum ini disebabkan masalah pengangkutan.

Pada 1 Disember lalu, Radhi terlewat lima minit selepas prosiding kes tersebut ditangguhkan sehingga menyebabkan waran tangkap yang dikenakan pada 3 November lalu dilanjutkan.

Namun, Radhi secara berseloroh mengaku dia selalu datang lambat kerana 'rock star mesti datang lambat' sebelum memohon maaf dan memberikan alasan sibuk dengan kerjanya dalam bidang muzik.

Artikel Sebelum

Artikel Lain