suria

Jude Law Tak Sabar Bertemu Anak Luar Nikahnya, Sophia

KEBAHAGIAAN semakin dirasai aktor Jude Law yang tidak sabar bertemu bayinya, Sophia, yang baru berumur 3 bulan, hasil perhubungannya dengan bekas kekasihnya, Samantha Burke.

Akhbar News of the World melaporkan detik tersebut akan menjadi pertemuan pertama pelakon yang sedang meniti populariti dengan watak Dr John Watson dalam filem Sherlock Holmes itu dengan Sophia.

Sophia hasil hubungan Jude dan Burke lahir pada September 2009 lalu.

Namun pertemuan yang sudah lama direncanakan itu masih tertunda gara-gara kesibukan Law.

"Burke ingin Law berjumpa Sophia secepat mungkin. Dan dia sangat sedih sekali karena Law belum lagi melihat Sophia," kata sumber terdekat.

Sophia merupakan anak keempat Law. Sebelum ini, Law sudah pun ada tiga orang anak hasil pernikahannya dengan Sadie Frost, bekas isterinya.

Alasan utama kenapa dia belum boleh bertemu dengan Sophia ialah kerana Law sibuk dengan penggambaran di New York dan promosi filem terbarunya, Sherlock Holmes.

Filem itu khabarnya kembali menduduki tempat kedua dalam tangga box office.

Artikel Lain