suria

Kes Tokoh Korporat 'Pikat' Daphne Iking Dirujuk Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Kes bekas suami Daphne Iking mendakwa seorang tokoh korporat 'memikat' pengacara dan model itu, tahun lalu dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan hangat antara tokoh korporat dan Pengarah Urusan Adidas Malaysia Darren Choy Khin Ming, 44, (pemohon) dan bekas suami Daphne, Chong Yiing Yih, 31, (responden) itu diputuskan oleh Majistret Zaki Arif Zubir di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menurut peguam Jagjit Singh dan Akbardin Abdul Kader mewakili Choy, Mahkamah Tinggi akan memutuskan tujuh soalan perlembagaan melibatkan diskriminasi gender di bawah Artikel 8(1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Ogos lalu, Choy menerusi Akbardin memfailkan perintah rayuan supaya perbicaraan dilakukan di depan majistret lain (Zaki Arif Zubir) bagi mengelakkan sebarang prejudis berlaku berikutan sebelum ini Majistret Mohd Faizi Che Abu yang mengambil aduan daripada Chong.

Kes yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dipercayai pertama kali apabila Choy dituduh memikat atau membawa pergi seorang perempuan iaitu Daphne, 31, yang ketika itu masih menjadi isteri kepada Chong dengan niat untuk membolehkannya melakukan persetubuhan yang ditegah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di B-13-2 The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail di sini, antara Julai 2007 hingga September 2008.

Daphne dan Chong berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel kini berusia 21 bulan.

Baru-baru ini, Daphne mengesahkan dia dan Chong telah rasmi bercerai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain