suria

Maiza mimpi dipatuk ular saat-saat habis edah

Maiza habis edah dalam tempoh dua bulan setengah..-foto The Star
Maiza habis edah dalam tempoh dua bulan setengah..-foto The Star
Maiza habis edah dalam tempoh dua bulan setengah..-foto The Star

LAIN yang dicakap, lain yang ditulis..Selebriti popular, Maizawati Zainal akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap wartawan akhbar tabloid yang tersilap mengeluarkan fakta tentangnya sehingga menimbulkan ‘kemarahan’ peminat-peminatnya.

Jelas Maiza, dia terkilan dengan jawapan ‘kaya’ yang diputarbelitkan saat diajukan tentang ciri-ciri yang diinginkan untuk menjadi calon suaminya.

Menerusi temubual itu, bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy ini berkata dia menjawab inginkan suami yang kaya dengan budi bahasa sebaliknya dalam artikel itu menulis dia mengejar lelaki kaya berharta.

“Saya akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid itu sekiranya wartawannya tidak membuat pembetulan terhadap artikel yang telah dikeluarkan itu.

“Setakat ini saya telah bercakap dengan peguam saya untuk mengeluarkan surat amaran kepada akhbar tabloid itu.

“Saya nak keluarkan surat amaran tu sebab saya jawab lain, dia (wartawan akhbar tabloid) keluar cerita lain iaitu ‘Maiza buru lelaki kaya’.

“Lepas keluar cerita itu, ramai peminat saya yang menghantar mesej (SMS) marah-marah kepada saya.

“Saya dah hantar SMS kepada wartawan tu supaya dia ‘clear’ semula cerita itu tetapi dia terus senyap.

“Saya nak dia bersihkan semula nama saya. Kalau dia buat lagi, saya akan ambil tindakan saman tetapi buat masa ini saya masih fikir dan tak nak aniaya orang,” luahnya yang sebelum ini dianiaya akibat penyebaran video rakaman lagu ‘Ketentuan’.

Lantaran itu, Maiza juga telah mengeluarkan kenyataan yang dia akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Ditanya kepadanya tentang perkembangan isu itu, Maiza berkata dia belum membuat apa-apa tindakan kerana masih sibuk beraya.

Sibukkan diri dengan beraya di tiga negeri

Bercerita tentang destinasi ketika menyambut Hari Raya tahun ini, Maiza berkata dia memilih bercuti ke Kelantan dan Kuala Lumpur selain beraya di rumah sendiri di Ipoh, Perak.

Maiza berkata dia berkunjung ke rumah keluarga angkatnya di Machang, Kelantan selama dua hingga tiga hari kemudian membawa anak-anaknya berjalan-jalan di Kuala Lumpur selama dua hari semalam.

“Saya banyak menyibukkan diri untuk keluarga sendiri dan keluarga angkat.

“Masa Hari Raya baru-baru ini saya ke Kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin saudara keluarga angkat saya dan melayani kerenah ramai anak saudara angkat saya di sana,” ujarnya yang mengenali keluarga angkatnya sejak setahun lalu.

Ditanya pula tentang perkembangan terbarunya kini, Maiza yang dijangka akan menamatkan edahnya dalam masa terdekat ini memberitahu dia akan menghadiri majlis pertunjukan fesyen anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan Persatuan Muslimat pada 29 Oktober ini di Kelantan.

“Saya ke sana atas jemputan untuk memeriahkan suasana. Selain saya, artis lain juga akan turut serta seperti Heliza AF5 dan Adibah Noor.

“Saya juga akan membawa produk sendiri iaitu madu dan pil homeopati IQ di bawah Maiza Collection.

“Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah datang ke sana dan berjumpa dengan saya. Mereka yang ingin menjadi ejen untuk menjual produk saya juga boleh menghantar emel kepada [email protected] atau FaceBook saya menggunakan alamat emel yang sama,” tuturnya yang mendapat mimpi dipatuk ular di saat-saat habis edah ini.

Habis edah dua bulan setengah

Orang tua-tua dulu kata, kalau mendapat mimpi dipatuk ular itu tandanya ada orang lelaki nak masuk meminang. Kiranya, Maiza hanya mengambil masa kira-kira dua bulan setengah untuk menyempurnakan hukum tiga kali suci dan dia juga boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja selepas ini jika sudah temui idaman kalbu.

“Saya rasa seronok juga apabila habis edah nisebab lepas ni orang lain tidak akan mempertikaikan tentang edah saya dan apa yang saya akan lakukan.

“Tentang kahwin tu, kalau dah tiba masanya nanti saya akan beritahu..,” ujar Maiza dalam nada ceria.

Maiza dan Akhil Hayy bercerai pada 15 Julai lalu setelah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun. Dia juga pernah berkahwin sebelum menikah dengan Akhil.

Artikel Lain