suria

'Saving Private Ryan' dipilih sebagai filem perang terbaik

Tom Hanks sebagai Captain John H. Miller (kiri) dan Matt Damon sebagai James Francis Ryan (tengah) dalam filem arahan Steven Spielberg 'Saving Private Ryan'.

FILEM garapan pengarah terkenal, Steven Spielberg, 'Saving Private Ryan' dipilih sebagai filem perang terbaik dalam satu undian yang dibuat.

Filem itu pernah memenangi anugerah berprestij Oskar pada tahun 1998.

Sebuah laman web melaporkan bahawa filem yang dibintangi pelakon yang juga penerima anugerah Oskar, Tom Hanks, mengungguli carta itu dengan jumlah satu perlima daripada jumlah undian keseluruhan dan mengalahkan filem 'The Great Escape' dalam satu undian yang dibuat oleh Lovefilm.

Filem arahan Steven Spielberg yang lain 'Shicndler's List' menduduki tangga ketiga dan filem Francis Ford Coppolla 'Apocalypse Now' yang ditayangkan pada tahun 1979 menduduki tangga keempat.

Filem arahan mendiang Stanley Kubrick 'Full Metal Jacket' berada di tempat yang kelima.

Artikel Berikut

Artikel Lain